BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seminar Najib Asaddok tu berbaloi ke?

Review kat Google tu kebanyakannya bukan daripada peserta kelas Najib. Saya cuma nak tahu harga sebenar kelas dia berapa. Sebab salah satu video kat Facebook cakap kelas Ultimate dia RM50K. Betul ke begitu mahal?

dasat najib punya iklan kat CG ni.
 
najib selalu ada kat BEST.FM.
 
apa yg den nampak melalui tgk video2 dia kat fb tu kebanyakkan peserta dari kaum wanita.. Satu sebab senang nak manipulate.

Cuma problem yg den nampak kalau contoh ada 10 orang produk niche sama..

camna dorang bersaing tu..
 
ade jugak tengok kat facebook video2 dia ni...

idea dia kembangkan business gunakan fb ads..
ayat2 emosi..

macam kelas azizan jugak la.. cuma azizan lebih kepada action... dia ni lebih kepada siapa yg dah ada business sendiri..
 
Saya tidak mengenali najib secara face to face.. pernah berkawan secara maya masa zaman kemuncak buat duit online dari forum WC.

Memang dier antara yang berjaya dalam bab affiliate ini. Masuk apa sahaja contest affiliate mmg champion. Masa zaman belum kenal cikgu DR J seman itu...

Cuma bila dier berjinak mencari duit bukan dengan cara asal tetapi cara jual air liur ini...saya masih di takuk lama... Dier terus dengan kot hitam dalam dewan seminar beribu-ribu orang...saya dengan perjalanan kecil saya... ( jujur ckp saya pada mula cemburu dan kecewa dengan hidup saya - namun pentujuk-NYA merubah tanggapan saya ini... )

Matlamat mungkin berbeza....najib mencari harta utk mencapai matlamat hidup...saya mencari sesuap nasi utk keluarga kecil saya...

Najib assadok, jamal sifu fbads dan beberapa kenalan lain...kini berada dalam kluster kayangan...saya kekal kluster setinggan...

Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan yang sementara ini...

Buat sahabat saya najib assadok, selamat maju jaya & semoga kita dipertemukan lagi suatu hari nanti... 🙏 🤲

Salam semua.
Saya nak tanyalah, seminar Najib Asaddok berbaloi ke pergi? Maksud sayalah, ada upsell tak kat seminar dia? Kalau ada, berapa harga? Bagi yang pernah pergi, boleh share? TQVM.
 
Saya tidak mengenali najib secara face to face.. pernah berkawan secara maya masa zaman kemuncak buat duit online dari forum WC.

Memang dier antara yang berjaya dalam bab affiliate ini. Masuk apa sahaja contest affiliate mmg champion. Masa zaman belum kenal cikgu DR J seman itu...

Cuma bila dier berjinak mencari duit bukan dengan cara asal tetapi cara jual air liur ini...saya masih di takuk lama... Dier terus dengan kot hitam dalam dewan seminar beribu-ribu orang...saya dengan perjalanan kecil saya... ( jujur ckp saya pada mula cemburu dan kecewa dengan hidup saya - namun pentujuk-NYA merubah tanggapan saya ini... )

Matlamat mungkin berbeza....najib mencari harta utk mencapai matlamat hidup...saya mencari sesuap nasi utk keluarga kecil saya...

Najib assadok, jamal sifu fbads dan beberapa kenalan lain...kini berada dalam kluster kayangan...saya kekal kluster setinggan...

Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan yang sementara ini...

Buat sahabat saya najib assadok, selamat maju jaya & semoga kita dipertemukan lagi suatu hari nanti... 🙏 🤲
mcm mana la kehidupan diorg skrg seminar xleh buat dah.... overhead tinggi...iklan radio fb lagi.....
 
Geng kluster kayangan apa ada kisah bro..kita yg PKP nie kais pagi sampai malam gitu jek...

Tapi itulah matlamat masing2 berbeza..

Yang saya lebih risau, brapa percent yg berjaya dan berapa lama yang dah POKAI masih takut lama mcm tue jek... 😔

mcm mana la kehidupan diorg skrg seminar xleh buat dah.... overhead tinggi...iklan radio fb lagi.....
 
Pendapat aku

Kalau kita pergi untuk entertainment, memang bagus lah. aku percaya dia boleh naikkan semangat utk pelajar dia berniaga.
dia akan menceritakan segala2 yg positif tentang perniagaan.

Ilmu selok belok perniagaan yg diajarkan tu sebanrnya dalam internet pun boleh dapat.
Tapi sebabkan org malas nak buat research sendiri, makanya bayarlah org utk menceritakan segalanya kepada anda.
Mungkin gaya penyampaian, cara formula dia susun utk senangkan pemahaman student dia.

contoh kalau meniaga online, dia akan ajar 'platform' so korang akan faham apa platform yg ada mcm google, facebook, insta, dan mcm mana
kedai2 online boleh mcm lazada shopee boleh membantu dan sebagainya.
Sekali lagi saya kata, ilmu ni dalam internet pun ada, cuma bila kita malasbuat research sendiri, atau susah faham. makanya berbaloilah
bayarkan sedikit wang utk najib ni terangkan kepada ko.

soalan:
Adakah confirm kita akan berjaya lepas pegi kelas dia?

cuba tgk budak2 sekolah kita dulu..
mesti ada yg berjaya rumah besar pakai mercedes.
mesti ada juga yg sederhana, kete biasa, rumah teres biasa2.
mesti juga ada yg tak kaya sangat, rumah flat jer, pakai moto je.
ntah2 yg fail masuk penjara pun ada.
= so sama la dengan student najib asadok ni, dia mengajar je kejayaan bergantung pada masing2.

kejayaan ni subjektif, lain org lain situasi.
ada yg akan berjaya dan ada yg akan gagal.

kalau ada duit lebih pegi lah. mungkin lagi senang paham.
org kata nak menuntut ada guru senang sikit.

kalau rasa nak save cost..atau yuran dia mahal sangat..
luangkan masa lapangkan kepala buat research sendiri

Insyallah & selamat maju jaya
 
Back
Top
Log in Register