Tq bro atas maklumat tambahan. Ni fakta untuk sesapa yang masih tak jelas macam mana pasaran saham berfungsi.
Bagus tujuan bro untuk sentiasa fahamkan orang ramai tentang pasaran saham. Aku pun selalu gak bagi info2 pada kawan2. Dalam forum ni pun salah satu tujuan. Selain kongsi idea, boleh tambah ilmu dan tambah kawan2.
Banyak lagi info kalau nak fahamkan tentang pasaran saham. Bagi yg baru nak join tu, join je mana2 komuniti saham. Insya'Allah akan ade banyak penjelasan kat situ.
Tanya secara jelas dan dengan tujuan nak cari ilmu. Buang perasaan skeptikal tentang pasaran saham sebelum cari ilmu, Insya'Allah kita boleh dapat ilmu terbaik.
Pasaran saham adalah one way market, sebenarnya takde sesapa pun rasa teraniaya. Sebab kita sendiri dah setuju dengan harga yang ditawarkan. Kalau tak setuju, hold je sampai harga kembali normal. Aku pernah berborak dengan individu yang tak pernah lost walau 1 sen dalam pasaran saham. Dah trade sejak tahun 80 an. Nampak, katanya yang lost dalam pasaran saham adalah orang yang tamak, melabur tak pakai ilmu.
Itu terpulang pada teknik masing2. Ade yang beli saham dengan tujuan nak dividen, tu tak kisah ape harga pun dia beli. Ade yang mmg tujuan nak cari untung atas jualan perbezaan harga saham, tu pun tak kisah nak jual rugi sebab cash yang ade boleh beli saham berpotensi lain. Ada yang beli sebab nak jadi pemegang saham terbesar, jadi dia akan sentiasa beli dan beli, tak kisah berapa harga, yang penting dapat. Ada yang beli sebab nak masuk agm je, sebab nak tau lebih tentang perjalanan syarikat tu dan mungkin nak cari peluang bisnes dengan company tu. Banyak sebab orang jual beli unit saham ni. Tak sama setiap orang.
Selagi kita kontrol cara kita melabur, mmg takkan ade istilah lost. Yang selalu lost, terjun bangunan ni orang yang melabur tanpa ilmu. Pakai hentam masuk, takde strategi. Yang ni tak dinafikan ramai, sebab mmg aku dah jumpa. Ada yg mengaku, selalunya kita jumpa bangsa cina. Siap puji bangsa melayu dalam bab melabur di pasaran saham. Lagipun bangsa cina lagi awal terdedah pada pasaran saham ni. Pi mana2 broker company, boleh tengok bangsa cina yang dok mengadap screen. Boleh sembang2. Itu pun ilmu gak. Banyak ilmu Allah S.W.T bagi dalam dunia ni, cuma samada kita nak terima atau tak je.