BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

IPO tu saham permulaan untuk sesebuah syarikat didagangkan dalam pasaran saham, singkatan pada Initial Public Offering. Memang pada kebiasaannya, harga saham akan melonjak naik pada hari pertama listing. Kebiasaannya, tapi ada juga yang out terus.

Banyak keadaan yang boleh menyebabkan harga jatuh dari IPO. Jaminan konsultan bukanlah penjamin harga akan naik. Lagipun adalah mustahil kalau ade konsultan yang boleh tau secara tepat berapa IPO tu boleh naik selepas penyenaraian.

Di Malaysia pun ramai konsultan buat kerja untung atas angin ni. Contoh saham Malakof, ade konsultan minta 20 sen untuk setiap unit yg dapat. Check saham Malakof, rasanya sampai sekarang masih belum cecah untung sehingga lebih 20 sen dari harga penyenaraian.

Tapi terpulang pada tuan, kaji sendiri potensi saham tu, potensi company tu, tengok sebab ape tujuan penyenaraian, dsb. Kalau di Bursa, mmg IPO buat masa bukan jadi tumpuan dah sebab banyak yang jatuh teruk lepas penyenaraian. Contoh IPO yg gagal antaranya FGV.:)

terima kasih tuan
syarikat yg saya nk beli IPO ni akan di senaraikan di NASDAQ
katanya perlu ke OTCBB (ape tu??)
masa kat OTCBB pun saham dijanhka akan bernilai USD10
tahun 2018 bila masuk NASDAQ akan melonjak jd minimum USD30.
sykt ni sykt tempatan(malaysia)
rasanya macam yakin je nak beli
:D:D
 
Ini adalah jawapan pada semua persoalan hg.

Kalau hg xde duit nak trade saham, jangan pertikaikan org lain yg trade saham. Tak perlu iri hati pada orang yang boleh jana RM 10 ribu, RM 20 ribu sebulan dalam pasaran saham. Tak perlu rasa irihati pada yang ade modal RM 100 ribu - RM 200 ribu untuk trade saham.

Memang akan ade perbezaan cara pemikiran orang yang income RM 1k sejam dengan orang income RM 50 - RM 60 sehari.

Kalau RM 10K pun susah nak cari, tapi masih ade masa nak pertikaikan pendapat orang. Aku rasa lebih baik guna masa tu untuk cari income lebih lagi, lagi berfaedah dari berdebat dalam bidang yang kita bukan pakar.

Ramai gak orang yang xde duit tapi tinggi budi bahasa, sentiasa berusaha dan terima pendapat orang lain seadanya. Aku pun pernah takde duit, aku meniaga, buat macam2. Berbelas tahun dah aku meniaga. Tapi tak pernah nak pertikaikan cara org lain meniaga. Tak pernah nak pertikaikan kalau ade orang yg baru meniaga setahun tapi dah berjaya. Takde nak kata bangsa cina kaya sebab menipu dalam meniaga.

Terima je pendapat org lain seadanya. Kalau tak setuju pun, bincang secara tertutup dulu. Islam ajar kita macam tu. Tu aku suruh PM dulu hujah mana hg dapat. Nanti kita ulas sama2. Hg bagi pendapat hg dan dari mana hujah hg, aku bagi pendapat dan hujah aku. Bab hukum hakam, jangan bincang guna logik akal. Aku pun boleh bawak hg jumpa orang yang lebih arif bab agama dalam bidang ni. Tu niat aku suruh hg pm aku dulu. Aku ok je. Tapi hg nak berdebat secara terbuka gak.

Aku ada bisnes yg guna byk staff level bawahan. Dalam 12 org yang aku perasan mmg susah nak control. Dah la jenis xde duit, usaha xmau. Tau nak komplen je hidup. Gaji kena potong sbb byk cuti, komplen, gaji kena potong sbb bagi brg rosak, komplen. Semua salahkan orang. Ape orang lain buat semua salah. Diri sendiri je tak pernah salah.

Kena sentiasa ingat, untuk ubah orang lain, adik2, abg, kakak, isteri, persekitaran, anwar ibrahim, najib, rosmah, lim guan eng, obama, adalah sangat susah. Yang paling mudah nak ubah adalah diri sendiri. Jadi mulakan dengan ubah diri sendiri dulu, baru fikir orang lain.

Kalau kita xde duit pun, cuba sentiasa berfikiran dan punyai jiwa yg besar. Jadi mudah nak terima pendapat orang. Nak berjaya pun mudah dalam hidup ni.

Bab persoalan hg, jawapan pun boleh guna analogi mcm ni, sama macam pemikiran hg:

Saham yg A beli adalah saham yang dijual oleh orang yang dah beli masa harga lebih bawah. Nanti saham yg A jual, dibeli oleh B dan akan jual lebih tinggi. Lepas tu saham B akan dijual dan dibeli oleh C dan dijual lebih tinggi. Saham bila naik lagi last sekali akan dibeli oleh pihak management syarikat dengan tujuan untuk tambah share syarikat. Tu cara jawapan untuk sedapkan hati hg. Harap hg terima jawapan ni.

Dah, kalau hg nak kata apepun lepas ni, terpulang pada hg. Ni jawapan aku untuk semua pandangan hg, terpulang pada hg nak terima cara negatif atau positif. Tujuan aku masuk dalam ni untuk cari lebih kenalan yang aktif dalam pasaran saham, bukan nak cari musuh.

Aku mohon maaf kalau hg terasa hati ke apa. Aku tulis direct macam ni supaya perbincangan ni tamat kat sini. Kalau mgkn nak lebih lanjut lagi, boleh pm aku, terpulang pada bahasa yang hg guna samada aku nak balas atau tak. Yang penting kita tak buang masa orang lain baca.

Aku mohon maaf sekali lagi. Ok

o.k bro. setiap orang lain caranya. saya pun mintak maaf bro.malas nak panjangkan cerita ini. goodluck ye. :)
 
Bro dah bagi jawapan so aku tkperlu la nk jawap lagi cuma bagi kuah tambah sikit jer la...walaupun satu masa dulu aku cepat menjawab sbb nk berkongsi pengetahuan dan memahamkan komuniti tentang pelaburan especially saham..

Dalam saham anda boleh jadi trader dan juga boleh investor...
seorang investor semestinya trader tp trader tak semestinya investor..

perbandingan jualbeli saham dgn nasi lemak mgkin sama tp tidak serupa..
apa yg sama...kita beli saham dari org yg memiliki saham iaitu penjual..sama dgn nasi lemak..kita beli nasi lemak dari makcik yg memiliki nasi lemak...

...harga saham kita jualbeli tertakluk pada persetujuan...jika kita beli pada harga yg ingin dijual oleh penjual maka transaksi akan berlaku...jadi harga akan sentiasa berubah..harga akan jadi tinggi jika penjual enggan menjual dan pembeli menaikkan harga untuk mendapatkan saham tersebut...harga akan jadi jika sebaliknya iaitu penjual ingin melepaskan saham tetapi tiada pembeli, jadi terpaksa menurunkan harga hingga berjumpa dgn harga pembeli..

bagaimana dgn nasi lemak...sama dgn saham tp sikit beza..
penjual menetapkan harga..jadi kita bersetuju saja dgn harga penjual contohnya RM1...kenapa kita setuju dgn harga RM1..iyer lah nasi 4-5 sudu + telur belah lapan + ikan bilis 2-3ekor...

saham adalah oneway...beli rendah jual tinggi=untung...beli tinggi jual rendah=rugi...
anda tidak akan rugi selagi anda tidak menjual saham yg semakin jtuh harga...ia paper loss tp hakikatnya anda masih memegang saham sesebuah syarikat,memiliki sebahagian syarikat, berhak mengundi pada mesyuarat dan boleh bersuara keatas pengurusan syarikat...

bagaimana nak tahu harga yg anda bayar pasal sesaham sesebuah syarikat adalah berbaloi...cer google utk faham maksud EPS (Earning Per Share), PE (Price / Earning), Par Value,PAT (Profit After Tax), NTA (Net Tangible Asset)...dan lain lain..

yg jelas anda pasti rugi jika membeli saham dgn meminjam wang...menggunakan margin...RM1 duit anda tp boleh beli saham hingga 2-3 kali ganda dari modal anda...lepas 3 hari kena margin call...

hmmmmm..cukup la kuah tambah setakat ni..malas nk taip dah ni..:D
 
Salam semua dan selamat pagi. Lagi 40 minit market akan open. Perkongsian hari ini.

Apa kaitan matawang dengan bursa? Kenapa matawang masih dalam keadaan yang dikatakan terendah, tetapi bursa dah kelihatan ok.

Ini adalah kerana matawang kita dah berlegar sekitar -+ 4.xx . Tiada tanda2 penurunan lagi akan berlaku. Ini menggalakkan pelabur luar untuk masuk semula ke pasaran saham. Berbanding semasa matawang kita tak dalam keadaan tidak stabil dan sentiasa menurun baru2 ini menyebabkan pelabur asing menarik keluar modal dalam pasaran saham, manakala pelabur baru mengambil sikap tunggu dan lihat.

Stok pilihan aku hari ini adalah Perisai. Kawan2 boleh komen atau beri pendapat berdasarkan ilmu masing2.

Den pilih Thheavy..percubaan keluar dari downtrend line..
 
maaf mencelah...2 mnggu dh buat analisa dan pemerhatian stock us...saya suggest beli coca cola sekarang...best long term investment...divident pon tinggi
 
camne nak beli stock kat us ?
 
Bro dah bagi jawapan so aku tkperlu la nk jawap lagi cuma bagi kuah tambah sikit jer la...walaupun satu masa dulu aku cepat menjawab sbb nk berkongsi pengetahuan dan memahamkan komuniti tentang pelaburan especially saham..

Dalam saham anda boleh jadi trader dan juga boleh investor...
seorang investor semestinya trader tp trader tak semestinya investor..

perbandingan jualbeli saham dgn nasi lemak mgkin sama tp tidak serupa..
apa yg sama...kita beli saham dari org yg memiliki saham iaitu penjual..sama dgn nasi lemak..kita beli nasi lemak dari makcik yg memiliki nasi lemak...

...harga saham kita jualbeli tertakluk pada persetujuan...jika kita beli pada harga yg ingin dijual oleh penjual maka transaksi akan berlaku...jadi harga akan sentiasa berubah..harga akan jadi tinggi jika penjual enggan menjual dan pembeli menaikkan harga untuk mendapatkan saham tersebut...harga akan jadi jika sebaliknya iaitu penjual ingin melepaskan saham tetapi tiada pembeli, jadi terpaksa menurunkan harga hingga berjumpa dgn harga pembeli..

bagaimana dgn nasi lemak...sama dgn saham tp sikit beza..
penjual menetapkan harga..jadi kita bersetuju saja dgn harga penjual contohnya RM1...kenapa kita setuju dgn harga RM1..iyer lah nasi 4-5 sudu + telur belah lapan + ikan bilis 2-3ekor...

saham adalah oneway...beli rendah jual tinggi=untung...beli tinggi jual rendah=rugi...
anda tidak akan rugi selagi anda tidak menjual saham yg semakin jtuh harga...ia paper loss tp hakikatnya anda masih memegang saham sesebuah syarikat,memiliki sebahagian syarikat, berhak mengundi pada mesyuarat dan boleh bersuara keatas pengurusan syarikat...

bagaimana nak tahu harga yg anda bayar pasal sesaham sesebuah syarikat adalah berbaloi...cer google utk faham maksud EPS (Earning Per Share), PE (Price / Earning), Par Value,PAT (Profit After Tax), NTA (Net Tangible Asset)...dan lain lain..

yg jelas anda pasti rugi jika membeli saham dgn meminjam wang...menggunakan margin...RM1 duit anda tp boleh beli saham hingga 2-3 kali ganda dari modal anda...lepas 3 hari kena margin call...

hmmmmm..cukup la kuah tambah setakat ni..malas nk taip dah ni..:D

Tq bro atas maklumat tambahan. Ni fakta untuk sesapa yang masih tak jelas macam mana pasaran saham berfungsi.

Bagus tujuan bro untuk sentiasa fahamkan orang ramai tentang pasaran saham. Aku pun selalu gak bagi info2 pada kawan2. Dalam forum ni pun salah satu tujuan. Selain kongsi idea, boleh tambah ilmu dan tambah kawan2.

Banyak lagi info kalau nak fahamkan tentang pasaran saham. Bagi yg baru nak join tu, join je mana2 komuniti saham. Insya'Allah akan ade banyak penjelasan kat situ.

Tanya secara jelas dan dengan tujuan nak cari ilmu. Buang perasaan skeptikal tentang pasaran saham sebelum cari ilmu, Insya'Allah kita boleh dapat ilmu terbaik.

Pasaran saham adalah one way market, sebenarnya takde sesapa pun rasa teraniaya. Sebab kita sendiri dah setuju dengan harga yang ditawarkan. Kalau tak setuju, hold je sampai harga kembali normal. Aku pernah berborak dengan individu yang tak pernah lost walau 1 sen dalam pasaran saham. Dah trade sejak tahun 80 an. Nampak, katanya yang lost dalam pasaran saham adalah orang yang tamak, melabur tak pakai ilmu.

Itu terpulang pada teknik masing2. Ade yang beli saham dengan tujuan nak dividen, tu tak kisah ape harga pun dia beli. Ade yang mmg tujuan nak cari untung atas jualan perbezaan harga saham, tu pun tak kisah nak jual rugi sebab cash yang ade boleh beli saham berpotensi lain. Ada yang beli sebab nak jadi pemegang saham terbesar, jadi dia akan sentiasa beli dan beli, tak kisah berapa harga, yang penting dapat. Ada yang beli sebab nak masuk agm je, sebab nak tau lebih tentang perjalanan syarikat tu dan mungkin nak cari peluang bisnes dengan company tu. Banyak sebab orang jual beli unit saham ni. Tak sama setiap orang.

Selagi kita kontrol cara kita melabur, mmg takkan ade istilah lost. Yang selalu lost, terjun bangunan ni orang yang melabur tanpa ilmu. Pakai hentam masuk, takde strategi. Yang ni tak dinafikan ramai, sebab mmg aku dah jumpa. Ada yg mengaku, selalunya kita jumpa bangsa cina. Siap puji bangsa melayu dalam bab melabur di pasaran saham. Lagipun bangsa cina lagi awal terdedah pada pasaran saham ni. Pi mana2 broker company, boleh tengok bangsa cina yang dok mengadap screen. Boleh sembang2. Itu pun ilmu gak. Banyak ilmu Allah S.W.T bagi dalam dunia ni, cuma samada kita nak terima atau tak je.
 
terima kasih tuan
syarikat yg saya nk beli IPO ni akan di senaraikan di NASDAQ
katanya perlu ke OTCBB (ape tu??)
masa kat OTCBB pun saham dijanhka akan bernilai USD10
tahun 2018 bila masuk NASDAQ akan melonjak jd minimum USD30.
sykt ni sykt tempatan(malaysia)
rasanya macam yakin je nak beli
:D:D

Aku tak pasti lagi tentang apa yg tuan cuba beli, dan macam mana.

Tapi aku agak2, tuan ni dipromote untuk beli saham untuk satu2 syarikat. Mudah cerita, contoh kumpul duit ramai2, beli saham company awal2 sebab nanti company tu nak listing kat nasdaq nanti. Kita beli awal2, nanti bila listing, untung la.

Betul tak aku agak ni??

Kalau betul, ni cubaan scam tuan. Kat Malaysia pun ada modus operandi ni. Aku pun pernah dipropose. Bila aku tanya bab2 teknikal pasaran saham. Tergagap2 nak jawab. MLM punya stail. Dok promote kata syarikat ni akan dilisting di bursa. CEO seorang bekas penyanyi popular.

Malah geng2 ni boleh tunjuk depa cara depa trade saham, mmg guna modal juta2, MLM, mesti dah ada kutipan juta2 untuk kelabui mata para pemodal.

Bab IPO ni tuan, tak perlu guna konsultan pun boleh beli. Cuma dapat tak dapat je. Tapi kalau kena cara, kaedah, Insya'Allah boleh dapat.

Tuan cuba bagi detail lagi, kawan2 kat sini pun boleh tolong review dan bagi idea. Tuan bagi info general sangat. Bagi je nama company, mcm mana cara tuan nak beli, mcm mana tuan nak buka akaun untuk beli saham kat nasdaq, dsb.
 
Den pilih Thheavy..percubaan keluar dari downtrend line..

:)paid Gap pun dah nak tutup tu. Cuma teknik aku takde signal lagi kat thheavy ni. Mmg dalam watchlist aku, sebab aku pemegang share masa harga 40 - 30 sen dulu. Rugi banyak masa jual, tapi dah teknik aku macam tu, let go gak. Stock O&G ni mmg sentiasa ade potensi. Cuma tunggu masa dan peluang. Harga minyak pun dah stuck kat situ je. :D
 
Back
Top
Log in Register