BTC USD 84,018.8 Gold USD 4,153.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

aku ni baru nk kenal saham
klu kita untung, ada org lain rugi ke?
 
aku ni baru nk kenal saham
klu kita untung, ada org lain rugi ke?

Of coz la bro. zero sum game.kalau tak takkan ada orang terjun bangunan bila kalah saham.cuba ingat krisis ekonomi bila saham bubble. :)
 
Salam semua dan selamat pagi. Lagi 40 minit market akan open. Perkongsian hari ini.

Apa kaitan matawang dengan bursa? Kenapa matawang masih dalam keadaan yang dikatakan terendah, tetapi bursa dah kelihatan ok.

Ini adalah kerana matawang kita dah berlegar sekitar -+ 4.xx . Tiada tanda2 penurunan lagi akan berlaku. Ini menggalakkan pelabur luar untuk masuk semula ke pasaran saham. Berbanding semasa matawang kita tak dalam keadaan tidak stabil dan sentiasa menurun baru2 ini menyebabkan pelabur asing menarik keluar modal dalam pasaran saham, manakala pelabur baru mengambil sikap tunggu dan lihat.

Stok pilihan aku hari ini adalah Perisai. Kawan2 boleh komen atau beri pendapat berdasarkan ilmu masing2.
 
Market asia tutup merah dan market Europe open pun merah. Untuk short term trader, elok clear semua position. Perisai tadi pun aku dah clear.
 
Ada yang bertanya, boleh ke trade guna TA semata2 tanpa tengok FA.

Bila trade guna FA, selalunya untuk satu pembelian saham untuk satu jangka masa panjang. FA jarang berubah dalam masa singkat. Penggunaan FA boleh digabungkan dengan TA.

Manakala penggunaan TA pula selalunya digunakan oleh pelabur jangka masa agak singkat. Ada juga yang menggunakan TA untuk jangka masa panjang bergantung pada indicator yang digunakan.

Berkenaan soalan di atas, apabila menggunakan TA semata2 untuk trade, sebenarnya pelabur tersebut juga menggunakan FA secara tidak langsung kerana pada kebiasaanya TA akan bersetuju dengan FA. Kebanyakkan saham, pergerakkan TA saham tersebut juga adalah disebabkan perubahan pada FA pada saham tersebut.

Namun ada juga waktu di mana TA bergerak tidak seiring dengan FA iaitu apabila terdapat sentimen2 dan isu2 tertentu memainkan peranan seperti yang berlaku baru2 ini apabila ringgit jatuh. Namun saham2 yang mempunyai FA kukuh akan kembali ke posisi asal apabila semua dah kembali normal.

Jadi, tiada masalah untuk menggunakan mana2 kaedah untuk melabur. Jadi tiada masalah untuk menggunakan mana2 kaedah untuk melabur, yang penting pastikan mempunyai ilmu yang tepat supaya dapat menjana pendapatan untuk diri dan keluarga.
 
Bro jawap la pertanyaan kapak tu. kalau kapak untung. siapa yang rugi.kalau kapak rugi siapa yang untung ? huhu .Dikala kita gembira untung ribu ribu sebulan..ada yang berduka rugi ribu ribu sebulan..
contohnye sye beli saham perisai dekat bulan jun 0.4 per share . saya jual harga bottom 0.25 per share sebab xnak tanggung kerugian .saya sudah rugi 50% dari modal . kerugian saya adalah keuntungan trader lain yang membeli di area 0.25 per share.:)

kalau tuan lah yang membeli jualan fire sale saham saya di 0.25 per share.. selamat menjana keuntungan dari kerugian saya. :)
 
maaf mencelah
adasesiapa yg boleh terangkan apa itu IPO?
mcm mana boleh untung beli IPO?
kalau konsultan jamin harga IPO akan diniaga pada USD10 asal USD1) boleh caya ka?
sykt ni akan listing di NASDAQ.
segala info amatlah dihargai
lupa pulak
ada apa2 keadaan yg akan menyebabkan harga IPO ini lebih rendah dari jaminan konsultan?

tq
 
Ini adalah jawapan pada semua persoalan hg.

salam. main saham xde main macam forex ke ade micro account.ingat bukak dalam 1k-2k .sekali trade risiko rm10-rm20 .target profit rm50-rm60.kalau forex boleh set mcm tu sbb ade micro account.kalau saham ada ke?
susah la nak kumpul modal 10k tu bro. :(

Kalau hg xde duit nak trade saham, jangan pertikaikan org lain yg trade saham. Tak perlu iri hati pada orang yang boleh jana RM 10 ribu, RM 20 ribu sebulan dalam pasaran saham. Tak perlu rasa irihati pada yang ade modal RM 100 ribu - RM 200 ribu untuk trade saham.

Memang akan ade perbezaan cara pemikiran orang yang income RM 1k sejam dengan orang income RM 50 - RM 60 sehari.

Kalau RM 10K pun susah nak cari, tapi masih ade masa nak pertikaikan pendapat orang. Aku rasa lebih baik guna masa tu untuk cari income lebih lagi, lagi berfaedah dari berdebat dalam bidang yang kita bukan pakar.

Ramai gak orang yang xde duit tapi tinggi budi bahasa, sentiasa berusaha dan terima pendapat orang lain seadanya. Aku pun pernah takde duit, aku meniaga, buat macam2. Berbelas tahun dah aku meniaga. Tapi tak pernah nak pertikaikan cara org lain meniaga. Tak pernah nak pertikaikan kalau ade orang yg baru meniaga setahun tapi dah berjaya. Takde nak kata bangsa cina kaya sebab menipu dalam meniaga.

Terima je pendapat org lain seadanya. Kalau tak setuju pun, bincang secara tertutup dulu. Islam ajar kita macam tu. Tu aku suruh PM dulu hujah mana hg dapat. Nanti kita ulas sama2. Hg bagi pendapat hg dan dari mana hujah hg, aku bagi pendapat dan hujah aku. Bab hukum hakam, jangan bincang guna logik akal. Aku pun boleh bawak hg jumpa orang yang lebih arif bab agama dalam bidang ni. Tu niat aku suruh hg pm aku dulu. Aku ok je. Tapi hg nak berdebat secara terbuka gak.

Aku ada bisnes yg guna byk staff level bawahan. Dalam 12 org yang aku perasan mmg susah nak control. Dah la jenis xde duit, usaha xmau. Tau nak komplen je hidup. Gaji kena potong sbb byk cuti, komplen, gaji kena potong sbb bagi brg rosak, komplen. Semua salahkan orang. Ape orang lain buat semua salah. Diri sendiri je tak pernah salah.

Kena sentiasa ingat, untuk ubah orang lain, adik2, abg, kakak, isteri, persekitaran, anwar ibrahim, najib, rosmah, lim guan eng, obama, adalah sangat susah. Yang paling mudah nak ubah adalah diri sendiri. Jadi mulakan dengan ubah diri sendiri dulu, baru fikir orang lain.

Kalau kita xde duit pun, cuba sentiasa berfikiran dan punyai jiwa yg besar. Jadi mudah nak terima pendapat orang. Nak berjaya pun mudah dalam hidup ni.

Bab persoalan hg, jawapan pun boleh guna analogi mcm ni, sama macam pemikiran hg:

Saham yg A beli adalah saham yang dijual oleh orang yang dah beli masa harga lebih bawah. Nanti saham yg A jual, dibeli oleh B dan akan jual lebih tinggi. Lepas tu saham B akan dijual dan dibeli oleh C dan dijual lebih tinggi. Saham bila naik lagi last sekali akan dibeli oleh pihak management syarikat dengan tujuan untuk tambah share syarikat. Tu cara jawapan untuk sedapkan hati hg. Harap hg terima jawapan ni.

Dah, kalau hg nak kata apepun lepas ni, terpulang pada hg. Ni jawapan aku untuk semua pandangan hg, terpulang pada hg nak terima cara negatif atau positif. Tujuan aku masuk dalam ni untuk cari lebih kenalan yang aktif dalam pasaran saham, bukan nak cari musuh.

Aku mohon maaf kalau hg terasa hati ke apa. Aku tulis direct macam ni supaya perbincangan ni tamat kat sini. Kalau mgkn nak lebih lanjut lagi, boleh pm aku, terpulang pada bahasa yang hg guna samada aku nak balas atau tak. Yang penting kita tak buang masa orang lain baca.

Aku mohon maaf sekali lagi. Ok
 
maaf mencelah
adasesiapa yg boleh terangkan apa itu IPO?
mcm mana boleh untung beli IPO?
kalau konsultan jamin harga IPO akan diniaga pada USD10 asal USD1) boleh caya ka?
sykt ni akan listing di NASDAQ.
segala info amatlah dihargai
lupa pulak
ada apa2 keadaan yg akan menyebabkan harga IPO ini lebih rendah dari jaminan konsultan?

tq

IPO tu saham permulaan untuk sesebuah syarikat didagangkan dalam pasaran saham, singkatan pada Initial Public Offering. Memang pada kebiasaannya, harga saham akan melonjak naik pada hari pertama listing. Kebiasaannya, tapi ada juga yang out terus.

Banyak keadaan yang boleh menyebabkan harga jatuh dari IPO. Jaminan konsultan bukanlah penjamin harga akan naik. Lagipun adalah mustahil kalau ade konsultan yang boleh tau secara tepat berapa IPO tu boleh naik selepas penyenaraian.

Di Malaysia pun ramai konsultan buat kerja untung atas angin ni. Contoh saham Malakof, ade konsultan minta 20 sen untuk setiap unit yg dapat. Check saham Malakof, rasanya sampai sekarang masih belum cecah untung sehingga lebih 20 sen dari harga penyenaraian.

Tapi terpulang pada tuan, kaji sendiri potensi saham tu, potensi company tu, tengok sebab ape tujuan penyenaraian, dsb. Kalau di Bursa, mmg IPO buat masa bukan jadi tumpuan dah sebab banyak yang jatuh teruk lepas penyenaraian. Contoh IPO yg gagal antaranya FGV.:)
 
Back
Top
Log in Register