BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

Salam dan selamat pagi semua. Semoga beroleh keuntungan hari ini.

Kaunter pilihan aku hari ini. PELIKAN.

Market macam ni jgn hold lama sgt, untung atau rugi, sila let go. Dapat 5% - 10% pun dah cukup baik.
 
...malakof..jatuh teruk..RM1.22..beli..50k lot..

..jual balik 1.40..contra T3
 
..airasia tengah murah ...dah bawah RM1.00
 
Salam dan selamat pagi semua. Semoga beroleh keuntungan hari ini.

Kaunter pilihan aku hari ini. PELIKAN.

Market macam ni jgn hold lama sgt, untung atau rugi, sila let go. Dapat 5% - 10% pun dah cukup baik.

takdak volume bro boleh ke naik?
 
takdak volume bro boleh ke naik?

Petang semalam 2nd sessions ade volume, cuma mmg volume tak tinggi sgt la. Avarage je. Lepas tu close full candle. Tu aku monitor hari ni. Tapi hari ni takde action. Abaikan je la. Cari next stok malam ni.

Hari ni aku mmg tak beli ape pun, tak sempat sbb wife ajak shoping. :D
 
...malakof..jatuh teruk..RM1.22..beli..50k lot..

..jual balik 1.40..contra T3

Tahniah bro.

Aku mmg tengok gak Malakof ni. Volume cantik. Tapi sbb market cap besar, aku selalu ignore company2 mcm ni waktu market tak ok. Memang bukan rezeki aku la.
 
Jom kita bincang2 pasal stok IRIS sebagai pengajaran pada kita semua. Tengok skrg harga dah balik pada harga bawah 20 sen.

Aku ingat lagi stok ni masa hujung tahun 2013 dan awal 2014, menjadi sebutan ramai. Ramai menaruh harapan tinggi pada stok ni. Aku je yang tak terpengaruh dengan IRIS ni masa mula2 kenaikan dari 20 sen dulu. Memang bukan rezeki aku. #:-S

Dalam forum i3 sampai bergaduh2. Siap aku terbaca ade sorg mamat ni claim family dia ade harta boleh beli sebuah taman cash, untuk support iris ni kalau jatuh. :eek:

Aku ade sesekali follow thread IRIS kat sana lagi, sebagai hiburan. Btw kat sana byk thread best2 sebagai hiburan, gaduh2 sana sini mcm company tu milik forummer tu. :))

Beli la apa2 saham pun, kena ingat tujuan utama kita adalah menjana pendapatan. Jauh sekali kita nak ambil alih syarikat tu sebagai pemegang saham terbesar (tapi kalau ade warga CG boleh jadi pemegang saham terbesar, Alhamdulillah).

Jadi, tak perlu setia sgt. Agak harga dah out atau % kejatuhan agak teruk dari harga belian kita, boleh let go dan cari stok lain. Beribu stok kat bursa tu. Takkan terbeli kalau kita nak beli semua company yang kita yakin "kukuh".

Btw, perhatikan la stok IRIS ni hari2. Peminat setia masih ramai. Jadi boleh je kita pun nak ambil kesempatan kat stok IRIS ni. Aku pun dok monitor. :)paid
 
..byk chart mula menunjukkan 'signal'...dell listkan kat bawah..boleh kaji dulu..

..apapun..hati2...kenaikan sehari dua ni mungkin Big Boys punya game.sempena Merdeka

1 ) UEMS
2 ) EATECH
3 ) ZELAN
4 ) DNEX
5 ) CENSOF
6 ) NTPM
7 )KIMHIN
8 )PMETAL
9 )KNM !
10 ) SALCON
11 )HHGROUP
12 )IFCAMSC !
13 ) AIRASIA
 
apa pendapat sifu ttg stock BIMB...bank Islam....nampak kukuh walaupun indeks jatuh teruk...mcm nak beli je...@ tunggu 13 September bln dpn...Hmmm
 
Back
Top
Log in Register