BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,126.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KWSP, KWAP jual saham dalam MyEG

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
KWSP, KWAP jual saham dalam MyEG

KWSP, KWAP jual saham dalam MyEG
MyEG Services Bhd - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP melupuskan saham masing-masing dalam MyEG Services Bhd (MyEG).

Menurut makluman Bursa Malaysia, KWSP melupuskan 65.98 juta saham MyEG pada 8 Februari lalu.

Sehari sebelumnya, ia menjual 49.65 juta saham. Ini menyebabkan pegangan semasa KWSP dalam syarikat itu berada pada 5.34 peratus, turun daripada 6.9 peratus pada 2 Februari lalu.

KWAP pula menjual 1.51 juta saham MyEG pada 10 Februari lalu, mengurangkan pemilikannya dalam syarikat itu kepada 1.17 peratus, berbanding 1.19 peratus pada 7 Februari.

Penjualan saham oleh KWSP dan KWAP itu berlaku seminggu selepas permodalan pasaran MyEG jatuh sebanyak RM2.31 bilion kepada RM4.53 bilion.

Harga saham MyEG jatuh sebanyak 25.5 sen atau 26.7 peratus kepada 70 sen hari ini, paras paling rendah sejak November 2020.

Harga saham MyEG menjunam berikutan laporan semua perkhidmatan dan proses imigresen akan kembali semula kepada Jabatan Imigresen menjelang 2025, termasuk yang diuruskan oleh pihak ketiga seperti MyEG.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud ketika dipetik New Straits Time (NST) minggu lalu berkata, langkah itu susulan pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe), di mana RM900 juta diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
PM ikat tepi bila dah jadi PM tengah semua di pancung syarikat berasaskan kroni. Hujung2 GLC pun silap2 di pancung juga... Ada masa 5 tahun macam2 boleh buat, yg penting syarikat DAP pulak yg naik. Tunggu dan lihat.... 2 tahun dia gelojoh sekarang slow-slow jangan nampak terang2.. lihat dari mata burung jangan lihat dari mata tempurung....
 
berani bang non kacau Myeg...tu ah jib gor punya proksi tu
Ingat tak tahu kihkihkih..... Banyak syarikat kroni lepas ni kena kacau tunggu ajelah... Daim dah, Syed Mokhtar dah, MyEG dah, next.... Tunggu MCA dan MIC punya pulak berani tak dia kacau.... Kihkihkih
 
Nak jual juallah, aku beli. Nyum nyum

GridArt_20230215_164605875.jpg
 
Back
Top
Log in Register