BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

nak bertanya otai2 kat sini.

sy ade beli share Mitrajaya.. n dapat satu surat kate dapat bonus n pd bulan julai.
die akan terus kredit bonus ni pade july masuk CDS ke cmne?
n then die akan bagi warrant free ke? ke still kene bayar?

Warrant tu nanti hg akan dapat pada tarikh tu. Kalau surat tu kata free, akan dapat free.

Dividen akan masuk dalam akaun bank yang didaftarkan.

Ade sesapa yang hold stock Mitra dan dapat surat boleh sahkan. Aku takde stok Mitra.
 
salam. main saham xde main macam forex ke ade micro account.ingat bukak dalam 1k-2k .sekali trade risiko rm10-rm20 .target profit rm50-rm60.kalau forex boleh set mcm tu sbb ade micro account.kalau saham ada ke?
susah la nak kumpul modal 10k tu bro. :(
 
1st tip : beli put warrant issued by cimb.

put warrant mean bila index turun you untung

call warrant mean bila index naik you untung

masa minggu bagi
jika anda dah beli yang i sebut you ada dua kali untung lebih 20% .
tapi tengok nasib la..

expire on end novemeber put warrant tu jika tak lebih index 1800.
semakin jauh dari angka tu semakin untung anda. lol

ok lesson closed

index syariah compliance ke bro?.. rasanya tak kan? :-?
 
salam. main saham xde main macam forex ke ade micro account.ingat bukak dalam 1k-2k .sekali trade risiko rm10-rm20 .target profit rm50-rm60.kalau forex boleh set mcm tu sbb ade micro account.kalau saham ada ke?
susah la nak kumpul modal 10k tu bro. :(

Wassalam,

Saham ni xdo laverage macam forex. Guna cash yang ado tu je. Dah boleh trade dengan 1k-2k tu.

Boleh je guna modal banyak mana pun sebab sekarang 1 lot cuma 100 unit, tak macam dulu.

Cuma kena ingat, tak mcm forex, dengan modal 1-2k ade yang boleh dapat 10-20k, dan ade yang modal 100k boleh jadi "0" terus sebab kena margin call.

Risiko tinggi, untung tinggi, risiko rendah, untung pun rendah. Saham ni boleh dikategorikan sebagai pelaburan yang berisiko rendah dalam dunia pelaburan yang berisiko.

Dalam dunia saham kalau guna duit cash yang ade tu je, susah gak nak jadi "0". Jadi keuntungan pun kena realistik dengan modal yang ade tu. Contoh modal 1-2 k, diharap tidak terlalu berharap boleh dapat untung 1-2 k setiap bulan, atau pulangan sampai 200% setahun. Tak dinafikan ade yang dapat, tapi tak semua orang dan bukan setiap tahun.

Bagi realistik sikit sebagai contoh dengan modal banyak tu nak dapat 20% - 30% setahun. Ade tahun yang boleh dapat beratus2 % keuntungan, ade tahun yang susah nak dapat walau 1% keuntungan. Jadi, kena ingat, setiap pelaburan ade jangka masa yang perlu ditetapkan.

Berbalik pada modal tadi, sebelum masuk pasaran, kena tengok dulu saham yang nak dibeli tadi tu, kira sekali dengan brokerage fee, berapa keuntungan yang diperlukan untuk cover semua kos2 yang ade.

Start je dengan berapa modal yang ade, sebab yang penting pengalaman. Bila dan ade pengalaman, satu hari nanti Insya'Allah ade rezeki lebih, boleh tambah modal. Dengan pengalaman yang ade, kan dah boleh jana income lebih sikit untuk diri dan keluarga.

Ok, Selamat hari raya, maaf zahir batin semua.
 
Salam bro. susah la macam tu saya nak untung rm10-rm50 sehari macam forex. saya trade rm10 je.kalau kalah setakat tu je.ataupun kalau gap stoploss paling kuat rm500-rm1000. kalau saham xde leverage nak untung pun kene pakai modal besar jugak.lagipun xkan nak rely dekat satu saham.huhu.
 
Tak susah pun, sebab ramai yang full time trade ni.

Kalau target RM 10-RM 20 tu sikit sgt. Kalau modal RM 1000, tu baru 1%. Cuba guna % untuk lebih realistik cari untung dalam pasaran.

Biasa trader akan cari 5% - 20% setiap kali masuk pasaran.
 
Okay, ramai yang nak cari rezeki dalam pasaran saham ni.

Untuk lihat keuntungan dalam pasaran saham ni, tak semestinya tengok berapa banyak modal kita ada. Tapi boleh gak tengok berapa kali kita boleh masuk pasaran dengant teknik yang kita ada.

Contoh modal RM 100,000. Dalam masa setahun masuk pasaran 10 kali. Bermakna kita dah trade RM 1 juta. Andaikan keuntungan kita dalam 10% dalam masa setahun tu, kita dah dapat RM 100,000 untuk tahun tersebut.

Sama gak dengan yang modal RM 10,000. Andaikan dia masuk pasaran 100 kali dalam masa setahun, bermakna dia dah trade RM 1 juta. Untung 10%, bermakna keuntungan dalam bentuk RM adalah RM 100,000.

Sebab tu bila kita ada modal RM 100,000, tak semestinya kita perlu trade 100% modal tu. Guna hanya sebahagian atau beberapa % je. Selebihnya simpan untuk cover loss jika ada supaya kita sentiasa boleh trade dalam pasaran saham dan dapat jana income tetap.

Aku rasa dalam CG ni pun dah ramai yang trade setahun lebih dari RM 1 juta dengan modal yang rendah. Sebab masuk berkali2.

Contoh boleh tengok brader Dell post untung dalam topik yang ada, cuba kira berapa kali dia masuk pasaran dalam sebulan dan berapa untung dia dapat.

Harap orang yang baru nak masuk pasaran saham boleh nampak macam mana nak jana income dalam pasaran saham.
 
boleh try usya2 kaunter ptb, tekseng & eforce
 
7188 - low 33sen hi 35.5sen

Bursa siasat aktiviti luar biasa BTM Resources

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menjalankan siasatan mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA) ke atas BTM Resources Bhd ekoran peningkatan ketara harga saham dan jumlah saham yang diurusniagakan.

Pada 10.55 pagi, harga saham BTM Resources mencatatkan 33.5 sen, susut 1.5 sen, dengan 3.47 juta saham diniagakan.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia menyiasat sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan.

Bursa Malaysia juga menyiasat sama ada terdapat laporan atau cakap-cakap mengenai urusan perniagaan BTM Resources yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan, dan sama ada syarikat itu mempunyai penjelasan lain yang menyumbang kepada aktiviti dagangan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71025
 
Back
Top
Log in Register