BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

Tq tuan..saya tkder lama mana dlm saham..baru lagi dan rasanya amat terlewat involve..iyer lah dulu mana ada fasiliti mcm skrg..semua dihujung jari...

seingat saya masa kecik antara pendedahan pasal saham ialah bila org tua beli suratkhabar amat tebal dari biasa..sbb ada IPO dlm tu...:D..bila baca macma best je..tawaran saham syarikat walaupun tk faham sepenuhnya pun..

dulu pernah tgk Sijil saham KUB org tua...sblm tukar ke CDS..tp ntah kemana la sijil KUB tu..mesti rare dan mahal harganya sijil saham dlm bentuk hardcopy tu...

saya pernah copy paste penulisan bro Goldfinger dari forum Bicara Jutawan dulu sblm khazanah ilmu dlm tu lenyap dalam dunia digital...saja buat nota rujukan..:D

Awal tuan dapat pendedahan. Bagus2. Esok anak2 kita pun kita kena ajar awal segala ilmu kewangan. Jangan dah masuk alam pekerjaan baru nak belajar semua.

Tu yang banyak terjebak dengan skim cepat kaya.
 
tuan..
klu train Thheavy ada berkelip bagi signal dalam teknik tuan tu roger2 la yerk sblm dia berlepas...ada tunggu kat 15c ni..macam jauh ke bawah tp mana tau kan sbb ada juga ikan yg makan dasar...

Boleh, tapi lambat lagi rasanya nak ade signal. Boleh keep dalam watchlist dulu. Banyak lagi stock berpotensi yang lain.

Contoh Minho, slp, skpres, scnwolf, mitra, ifcam, eatech. Tak terbeli kalau nak semua. So far yang aku tgh hold skrg minho dan slp. Dalam proses nak clear. Semalam clear Mieco awal sgt dekat harga 85 sen. Sebab nak beli stok lain.

Tapi takpo, rezeki orang lain lak beli saham aku tu dan harga terus naik. :D:D
 
harini market up yeahh

3 hari dah up. :D Tapi tetap kena berhati2 sebab apo2pun boleh jadi pasaran saham ni. Minggu lepas nampak mcm minggu ni nak out, tapi tak out. Siap boleh profit banyak lagi. Sebab tu kita takleh tinggal terus tanpa tgk pasaran saham ni walau apapun keadaan. Kena sentiasa monitor.

Banyak stock yang dah naik lebih 10%-25%. Mieco saje dah naik 30%. Aku dapat mieco dalam 10%, selebihnya rezeki orang lain.
 
betul bro harni dah jua balik ifca dapat sikit je 100 mcm tu
priva pn same simpan lama pastu jual harga asal beli balik
jual dapat la 100 jugak. beli dgsb yang ni nak simpan tapi
rugi pulak sebab beli sikit. sekarang hold wintoni dengan KNM beli time
mahal haha
 
Tq tuan..saya tkder lama mana dlm saham..baru lagi dan rasanya amat terlewat involve..iyer lah dulu mana ada fasiliti mcm skrg..semua dihujung jari...

seingat saya masa kecik antara pendedahan pasal saham ialah bila org tua beli suratkhabar amat tebal dari biasa..sbb ada IPO dlm tu...:D..bila baca macma best je..tawaran saham syarikat walaupun tk faham sepenuhnya pun..

dulu pernah tgk Sijil saham KUB org tua...sblm tukar ke CDS..tp ntah kemana la sijil KUB tu..mesti rare dan mahal harganya sijil saham dlm bentuk hardcopy tu...

saya pernah copy paste penulisan bro Goldfinger dari forum Bicara Jutawan dulu sblm khazanah ilmu dlm tu lenyap dalam dunia digital...saja buat nota rujukan..:D

bole laa tuan share nota2 dia.. hehe
 
Still hold Thheavy...
pagi pasang trap Serigala Jadian kat 36c..tp tk makan umpan lak dia..turun 36.5 jer ps tu terus lari naik...
Mrcb-wa...10.5c...wait n c..
 
Still hold Thheavy...
pagi pasang trap Serigala Jadian kat 36c..tp tk makan umpan lak dia..turun 36.5 jer ps tu terus lari naik...
Mrcb-wa...10.5c...wait n c..

Thheavy..topup sikit lagi pagi td at 20c...
Mrcb-wa still hold..

still stick to target...
 
RM20 bilion untuk stabilkan bursa

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Indeks utama Bursa Malaysia FBM KLCI dan ringgit hari ini ditutup tinggi seiring dengan pengumuman Langkah-Langkah Proaktif Ekonomi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dengan mengaktifkan semula ValueCap, bersama dana sebanyak RM20 bilion untuk menstabilkan pasaran saham tempatan.

KLCI hari ini ditutup pada 1,639.63 mata, meningkat 36.03 mata atau 2.25 peratus walaupun semasa sesi dagangan tengah hari ia telah mencecah 1,645.49 mata. Sesi dagangan hari ini menyaksikan 2.19 bilion saham bertukar tangan bernilai RM2.23 bilion. Sebanyak 470 kaunter mencatatkan untung dan 342 lagi rugi.

Antara saham yang melonjak tinggi ialah Sime Darby naik 53 sen, Felda Global Ventures (FGV) naik 37 sen dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), naik 74 sen.

Penutupan itu membuatkan KLCI menjadi antara bursa serantau yang melonjak tinggi memandangkan Nekkei Jepun susut 298.52 mata, Bursa Saham Singapura susut 16.56 mata sementara Indeks Komposit Shanghai susut 85.44 mata.

Menurut JF Apex Securities Bhd. dalam laporan bursa hariannya, di sebalik langkah bank pusat Amerika Syarikat (AS) yang mahu menaikkan kadar faedah minggu ini, KLCI tetap mencatatkan peningkatan yang tinggi memandangkan pengumuman oleh Perdana Menteri itu dapat mengembalikan semula sentimen positif terhadap pasaran tempatan.

Ringgit hari ini kembali meningkat berbanding dolar AS apabila ditutup pada RM4.31, setelah berlegar antara RM4.33 sepanjang minggu lalu.

Menurut penganalisis firma penyelidikan pasaran, pengumuman mengenai ValueCap itu mampu menyuntik saham-saham yang dinilai rendah khususnya saham-saham minyak dan gas (O&G) tempatan yang kini merosot teruk kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia lebih 50 peratus dalam tempoh setahun.

“Saya fikir beberapa saham yang dinilai rendah akan mendapat faedah sepenuhnya daripada pengumuman ini. Bagaimanapun bagi saham-saham O&G, masih terdapat risiko untuk menyaksikan harga akan jatuh semula kerana ia bergantung terhadap harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$50 (RM215) setong,” katanya di sini hari ini.

Pengukuhan nilai mata wang dolar AS berikutan jangkaan bank pusat AS yang mahu meningkatkan kadar faedahnya telah menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran negara-negara membangun seperti Malaysia. Menurut kajian MIDF Research, dalam tahun ini sehingga awal Ogos, secara terkumpul, pelabur-pelabur asing secara bersih menjual kira-kira RM11.7 bilion pegangan saham mereka di Bursa Malaysia.

Selain itu, kejatuhan harga minyak juga menjejaskan ringgit memandangkan Malaysia merupakan negara pengeksport bersih minyak. Langkah China yang menurunkan nilai mata wangnya juga yang dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan eksport turut memberi kesan terhadap ringgit.

ValueCap ditubuhkan pada 2002 sebagai entiti bagi menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti.

Malah penglibatan syarikat itu telah memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Berhad.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...-yakinkan-bursa-1.136058#sthash.N82wYqrB.dpuf
 
Back
Top
Log in Register