kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Sektor Awam Perlu Beralih Daripada Jumlah Jawatan Kepada Keupayaan Bakat - KPPA
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail (hadapan empat, kiri) bergambar kenangan bersama para peserta Simposium Perjawatan Sektor Awam sempena majlis perasmian simposium itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Sektor awam perlu beranjak daripada melihat kekurangan perjawatan sebagai punca pelbagai masalah, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keupayaan bakat pegawai sedia ada bagi memenuhi keperluan masa hadapan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kelebihan sesebuah organisasi tidak lagi ditentukan oleh jumlah jawatan yang dimiliki semata-mata, sebaliknya oleh kualiti keupayaan tenaga kerjanya.
"Secara tradisinya, perancangan perjawatan banyak tertumpu kepada persoalan berapa banyak jawatan diperlukan, di mana jawatan diperlukan, dan gred yang diperlukan.
"Saya sentiasa menerima komen, perjawatan tak cukup, tak cukup. Namun, untuk menghadapi masa hadapan, kita perlu mula beranjak daripada melihat semua masalah berpunca daripada limitasi bilangan perjawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Simposium Perjawatan Sektor Awam bertemakan "Meneroka Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam", di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.
Wan Ahmad Dahlan berkata sektor awam perlu mempunyai keupayaan strategik untuk melihat ke hadapan, bukan sekadar mengurus keperluan perjawatan semasa tetapi turut mengenal pasti fungsi jawatan baharu yang bakal muncul.
Beliau berkata pengurusan bakat sektor awam juga perlu beralih daripada pendekatan berasaskan jawatan kepada pendekatan berasaskan keupayaan.
"Jawatan boleh berubah, struktur organisasi boleh berubah, teknologi boleh berubah, tetapi keupayaan untuk belajar, menyesuaikan diri dan mencipta nilai akan sentiasa relevan," katanya.
Beliau berkata perubahan itu selari dengan peralihan global daripada organisasi berasaskan jawatan kepada organisasi berasaskan kemahiran yang memberi tumpuan kepada kapasiti sebenar tenaga kerja.
