BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSN, KPPA Teliti Cadangan Kerja Dari Rumah Bagi Sektor Awam - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3737b8d1d96a9f1506d31050d5fb6b2b69b38ca06983f


Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz akan meneliti cadangan bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata hasil perbincangan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa depan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meminta KSN dan KPPA meneliti cadangan bekerja dari rumah untuk pastikan beberapa perkara terselaras untuk sektor awam," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Khas mengenai impak konflik di Asia Barat, di Putrajaya hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Semalam, Wan Ahmad Dahlan dilaporkan berkata pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel termasuk BDR dilihat sebagai antara langkah penting bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam menghadapi dunia yang semakin tidak menentu akibat konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.

Berita Lanjut Menyusul

 
percepatkan... sementara ekonomi masih stabil...kalau dah betul2 ekonomi jatuh... nak wfh pebende... buang kerje ler gamaknya
 
Back
Top
Log in Register