BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesilapan Berulang Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Perlu Dihentikan - KPPA

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80

Kesilapan Berulang Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Perlu Dihentikan - KPPA​

42505a278ff7236b3bd4e82f0c2d0b556aa7753d0c733

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tengah) menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Kesilapan berulang dalam pengurusan sumber manusia sektor awam perlu dihentikan dan ditangani secara menyeluruh, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata kesilapan urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, pelarasan gaji, tatatertib serta pengurusan prestasi tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, ukuran paling asas terhadap kualiti sesebuah sistem ialah sama ada kesilapan yang sama terus berulang.

“Jika ia berulang, itu menandakan puncanya belum ditangani. Kes yang kelihatan kecil pada peringkat proses berupaya memberi impak yang besar kepada pegawai, juga kredibiliti organisasi.

“Kesilapan berulang bukan lagi kes terpencil, sebaliknya ia menandakan kelemahan sistemik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2026 di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata pencapaian Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 yang melonjak menjadi penanda aras baharu bagi jangkaan dan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

“Oleh itu, di sinilah letaknya peranan kritikal pengurus sumber manusia, yakni menyokong Teras Keberhasilan Reformasi, terutamanya dalam pembangunan organisasi, modal insan dan penyampaian perkhidmatan.

“Keberhasilan reformasi tidak ditentukan oleh kecanggihan sistem semata-mata namun ia juga bersandar kepada kualiti manusia yang melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata reformasi mahupun transformasi menuntut keberanian penjawat awam untuk membuang kebiasaan lama yang lapuk dan memilih amalan baharu yang relevan demi penstrukturan semula yang berimpak tinggi.

 
Back
Top
Log in Register