BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKDW Perlu Beralih Kepada Budaya Berimpak, Akauntabiliti - Ahmad Zahid

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

KKDW Perlu Beralih Kepada Budaya Berimpak, Akauntabiliti - Ahmad Zahid​

e60b1e2f12b50dd090765eef827804b06a210131c3e64

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi Bulan Jun 2026 di kementeriannya hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu beralih daripada budaya pematuhan proses semata-mata kepada budaya kerja berteraskan impak dan akauntabiliti bagi memastikan setiap dasar serta program benar-benar membawa perubahan kepada rakyat luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KKDW tidak boleh hanya menjadi organisasi yang patuh kepada proses dan tatakelola, sebaliknya mesti bertanggungjawab terhadap keberhasilan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Kita mesti bergerak daripada culture of compliance kepada culture of impact. Daripada culture of activity kepada culture of accountability. Inilah disiplin baharu yang saya mahu dan kita semua mahu laksanakan di KKDW," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan KKDW, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata rakyat tidak menilai kerajaan berdasarkan jumlah mesyuarat atau pembentangan yang dilakukan, sebaliknya melalui keupayaan dasar dan tindakan kerajaan mengubah kehidupan mereka.

Beliau turut menggesa seluruh kepimpinan dan warga KKDW supaya bertindak lebih pantas, berani membuat keputusan serta jujur menilai kelemahan organisasi selain lebih dekat dengan rakyat bagi menangani isu pembangunan luar bandar.

Justeru, beliau meminta Ketua Setiausaha (KSU) dan timbalan-timbalan KSU kementerian, ketua pengarah serta guru besar menjadikan semakan pertengahan penggal ini sebagai titik perubahan dengan setiap dapatan mesti diterjemahkan kepada keputusan yang jelas serta pelaksanaan yang berkesan.

"Setiap keputusan mesti ada garis masa antara kita atau pihak yang bertanggungjawab dan setiap tanggungjawab mesti membawa kepada tindakan yang boleh kita sama-sama usahakan. Kelemahan terbesar sesebuah organisasi bukan apabila ia mengaku mempunyai masalah tetapi apabila ia mengetahui masalah tetapi tidak berani bertindak," katanya.

Beliau turut menggariskan enam disiplin utama yang perlu menjadi asas semakan pertengahan penggal KKDW iaitu aspek relevan, keberkesanan, kecekapan, impak, kemampanan dan kesepaduan.

Ahmad Zahid berkata pembangunan luar bandar tidak lagi boleh dilihat sebagai agenda kebajikan semata-mata, sebaliknya perlu dianggap sebagai agenda pertahanan nasional yang penting bagi menjamin kestabilan negara.

 
Back
Top
Log in Register