kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
HPLBS 2026 Amanah Besar KKDW Perkukuh Agenda Desa - Ahmad Zahid
Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia (HPLBS) 2026 membawa amanah besar kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk terus memperkukuh agenda pembangunan desa secara menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selagi diberi kepercayaan, usaha akan terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmati peluang lebih luas, ekonomi lebih kukuh, kemudahan lebih baik serta masa depan lebih sejahtera seiring dengan kemajuan negara.
Beliau berkata mulai tahun ini, 6 Julai akan menjadi medan untuk menghargai peranan masyarakat luar bandar, selain mengangkat agenda pembangunan desa ke tahap lebih tinggi.
"Pemilihan tarikh ini juga mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri kerana bersempena dengan penubuhan Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP), sebuah organisasi yang sekian lama memainkan peranan penting dalam pembangunan luar bandar di rantau Asia Pasifik," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid turut mengucapkan Selamat Menyambut HPLBS 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan sambutan itu yang bertemakan "Ke Arah Komuniti Luar Bandar yang Dinamik, Makmur dan Bahagia".
Malaysia menyambut HPLBS buat julung-julung kalinya hari ini di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dekat Maran, Pahang, dengan sambutan berkenaan memberikan penekanan kepada tiga teras utama, iaitu inovasi komuniti, pendigitalan desa dan pembangunan usahawan luar bandar.