BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKDW Mohon RM14.39 Bilion Bagi RP2 2027 - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

KKDW Mohon RM14.39 Bilion Bagi RP2 2027 - Ahmad Zahid​

97e14229de18adbb42f5abf16c8408796a9658f01bbcb

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan September 2026 Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memohon kira-kira RM14.39 bilion bagi peruntukan pembangunan Rolling Plan Kedua (RP2) 2027, namun siling bayangan yang diberikan hanya sekitar RM8.3 bilion, kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perbezaan itu mewujudkan jurang kira-kira RM6 bilion, antara permohonan kementerian dan siling peruntukan yang dibayangkan.

“Itu bayangan yang mereka (Kementerian Kewangan) (MOF) berikan. ​Jurang ini mencerminkan satu realiti penting dalam pengurusan kerajaan ketika ini, apabila keperluan sentiasa lebih besar daripada sumber yang tersedia.

“Saya juga membayangkan bahawa ruang fiskal yang kita terima kali ini mungkin tidak sebesar beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi saya berharap saya silap,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata KKDW perlu memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi manfaat paling besar kepada rakyat dengan mengamalkan pendekatan spending better dan bukan sekadar meningkatkan perbelanjaan.

“Namun, berapa pun jumlah yang akhirnya kita terima, kita mesti melihat belanjawan bukan sekadar sebagai proses membahagikan peruntukan. Belanjawan ialah proses menukar sumber yang terhad kepada nilai awam yang paling besar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau mahu semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah KKDW menilai semula program sedia ada, bagi memastikan masalah yang hendak diselesaikan masih wujud, pendekatan yang digunakan masih relevan dan tidak berlaku pertindihan dengan program atau agensi lain.

“Program yang besar juga tidak semestinya program yang paling berkesan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sumber perlu dialihkan daripada program yang memberi nilai rendah kepada perkara yang benar-benar menyelesaikan masalah rakyat, terutama dalam keadaan kekangan kewangan, tenaga kerja dan kapasiti pelaksanaan.

 
Back
Top
Log in Register