BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKDW Perkukuh Pelaksanaan PuTERA35 Menerusi Kerjasama MARA,Teraju - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
77ccb17e645ea2812f6b53778f0e0ac06986f4034e230

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada program Road To Ramadan di Masjid Kariah Pantai.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkukuh pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) menerusi kerjasama strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi memastikan agenda ekonomi bumiputera dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelaksanaan agenda bumiputera tidak hanya digerakkan oleh MARA semata-mata, malah turut melibatkan jabatan dan agensi lain di bawah kementerian.

“MARA bekerjasama dengan Teraju untuk memperkasakan PuTERA35, pelan ini daripada 2025 hingga 2035, kita telah menentukan 132 inisiatif untuk bumiputera dalam bidang ekonomi dan pencapaian setakat 31 Dis lepas berada pada tahap 44.5 peratus.

“Kita mempunyai tempoh sembilan tahun lagi bagi mencapai 100 peratus, sebagai pemantauan, bahagian pemerkasaan agenda bumiputera pada setiap kementerian juga diwujudkan dengan melibatkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya kepada pemberita pada Program 'Road to Ramadan' di Masjid Kariah Pantai, di sini hari ini.

Turut hadir isterinya Datin Seri Hamidah Khamis, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Asna Amin.

Pada program itu, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan RM18,000 kepada sembilan masjid dan tiga surau (RM3,000) serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf di Mukim Pantai.

Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama MARA dan Teraju bertujuan menyenaraikan syarikat bumiputera yang berpotensi di Bursa Malaysia.

Tiga syarikat telah disenaraikan pada tahun lepas, manakala lima syarikat disasarkan untuk disenaraikan tahun ini.

“Mudah-mudahan jumlah ini akan meningkat menjelang 2035 apabila syarikat-syarikat ini diberikan panduan, galakan, serta kemudahan pinjaman bagi mempertingkatkan perniagaan mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register