syaqiq2312
Active+ Member
- Messages
- 2,701
- Joined
- Jan 24, 2007
- Messages
- 2,701
- Reaction score
- 58
- Points
- 35
ERTI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Erti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi. Erti wal Jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah ialah kaum yang menganut i’tiqad sebagai yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.
I’tiqad Nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara tidak tersusun, belum teratur, tetapi kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama Usuluddin yang besar, yaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari (Lahir di Basrah tahun 260 H- wafat di Basrah juga tahun 324H dalam usia 64 tahun). Kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum Ahlussunnah wal Jamaah dengan kaum ‘Asya’riyah jamak dari Asy’ari, dikaitkan kepada Imam Abu Hassan Ali Al Asy’ari tersebut.Dalam kitab-kitab Usuluddin biasa juga dijumpai perkataan “Sunni” kependekan Ahlussunnah wal Jamaah, orang-orangnya dinamakan “Sunniyun”.
Tersebut dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad Al Husni Az Zabidi yaitu kitab syarah dari kitab ” Ihya Ulummuddin” Karangan Imam Al Ghazali, pada jilid 2, awal surat 6, tertulis:
“Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jamaah maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan (fahaman) Asy’ari dan fahaman Abu Mansur Al Maturidi.” Siapa Abu Mansur Al Maturidi ini? Abu Mansur Al Maturidi adalah seorang ulama Usuluddin juga, yang berfahaman dan i’tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hassan Al Asy’ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Maturidi, Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H terkemudian 9 tahun dari Imam Abu Hassan Al Asy’ari.
Sudah menjadi adat kebiasaan dalam dunia Islam, bahawa hukum-hukum agama yang digali dari Al Quran dan Hadis oleh seorang Imam, maka hukum itu dinamai mazhab. Hasil ijtihad Imam Hanafi dinamakan Mazhab Hanafi, hasil ijtihad Imam Maliki dinamakan mazhab Maliki, hasil ijtihad Imam Syafie dinamakan mazhab Syafie dan hasil ijtihad Imam Ahamad bin Hambal dinamakan Mazhab Hambali, walaupun pada hakikatnya semuanya adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat atau terisrat di dalam Al Quran dan Hadis. Begitu juga di dalam soal-soal i’tiqad. Hasil penelusuran Al Quran dan Hadis oleh Imam Abu Hassan Al Asy’ari, walaupun pada hakikatnya Imam Abu Hassan Al Asy’ari hanya menelusuri, merumuskan, menfatwakan, menyiarkan, mempertahankan apa yang sudah ada dalam Al Quran dan Hadis juga, apa yang sudah dii’tiqadkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.