BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Perkukuh Agenda Ekonomi Hijau, AI Ke Arah PCDS 2030

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sarawak Perkukuh Agenda Ekonomi Hijau, AI Ke Arah PCDS 2030​

b35bba506959f29981eafa2defc9afea6922ea34821d5

Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Sarawak memperkukuh agenda pembangunannya dengan menjadikan ekonomi hijau, tenaga boleh baharu, kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan modal insan sebagai pemacu utama ke arah merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan negeri kini beralih daripada ekonomi berasaskan sumber tradisional kepada ekonomi rendah karbon yang memanfaatkan teknologi serta memenuhi tuntutan pembangunan mampan global.

Beliau berkata hutan yang sebelum ini menjadi sumber hasil balak kini diiktiraf sebagai aset penyerap karbon, sekali gus membuka peluang baharu menerusi perdagangan karbon selaras dengan mekanisme di bawah Perjanjian Paris 2015.

"Ini merupakan perubahan besar dalam ekonomi dunia apabila hutan dan pokok mempunyai nilai ekonomi menerusi perdagangan karbon berasaskan piawaian antarabangsa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Kapit 2026 di sini hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak turut memanfaatkan AI, termasuk model bahasa raya (LLM), bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata negeri itu juga berada pada kedudukan strategik untuk muncul sebagai hab tenaga hijau serantau berasaskan sumber hidroelektrik dan gas asli, manakala perbincangan antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petronas dijangka memperkukuh pembangunan industri tenaga negeri.

Dalam usaha membangunkan modal insan, katanya, kerajaan negeri melaksanakan 64 program pendidikan dan latihan meliputi bidang sains, teknologi, pengurusan, kewangan dan psikologi bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Mengenai pembangunan Kapit, Abang Johari berkata rangkaian jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman telah merancakkan aktiviti ekonomi, namun pada masa sama menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

"Sebelum ini kesesakan hanya berlaku di jeti kerana pengangkutan bergantung kepada sungai. Kini apabila jalan raya siap dibina, kesesakan berlaku di darat kerana lebih ramai orang datang untuk berniaga, bekerja dan menjalankan pelbagai urusan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register