combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Kekal Peneraju Agenda Pekerjaan Hijau ASEAN 2026-2030 - Ramanan
Kredit: Pejabat Menteri
Malaysia kekal sebagai peneraju agenda pekerjaan hijau ASEAN bagi tempoh 2026-2030, dengan negara diberi tanggungjawab mengetuai projek serantau berkaitan bidang itu di bawah program kerja baharu Menteri-Menteri Buruh ASEAN.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata peranan itu, ditetapkan menerusi ASEAN Labour Ministers’ Work Programme 2026-2030, sekali gus meneruskan mandat yang telah diberikan kepada Malaysia dalam memacu agenda pekerjaan hijau, sejak mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Buruh ASEAN (SLOM), pada 2018.
“Peralihan kepada ekonomi hijau, tidak boleh hanya dilihat dari sudut alam sekitar atau pelaburan. Kita perlu memastikan tenaga kerja ASEAN mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengisi pekerjaan baharu yang akan diwujudkan.
“Pada masa yang sama, peralihan ini mesti dilaksanakan secara adil dan inklusif, supaya tiada pekerja atau kelompok masyarakat yang tercicir daripada perubahan ekonomi yang sedang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan intervensi Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-29 (ALMM), yang diadakan di Dusit Thani Bangkok, Thailand hari ini.
Ramanan berkata dua dokumen penting berkaitan pekerjaan hijau, berjaya dicapai sebagai sebahagian daripada hasil Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, iaitu ASEAN Framework and Action Plan (FAP) for a Just and Inclusive Transition to Green Jobs 2025-2030 dan Joint Statement on Actionable Plan for Green Jobs Towards a Sustainable and Inclusive ASEAN Workforce.
Beliau berkata dokumen berkenaan, menyediakan hala tuju strategik bagi ASEAN mengurus perubahan tenaga kerja susulan peralihan ekonomi hijau, selain memperkukuh tindakan bersama dengan negara anggota dalam membangunkan tenaga kerja yang bersedia menghadapi perubahan ekonomi masa hadapan.
Ramanan turut memaklumkan kejayaan Malaysia menganjurkan ASEAN Green Jobs Forum (AGJF) 2025 di Putrajaya, yang menghimpunkan lebih 450 delegasi dengan memberi tumpuan kepada tema AI, Digitalisation and Green Jobs.
Beliau berkata forum itu berjaya mengalihkan perbincangan serantau daripada sekadar dasar ,kepada perancangan pelaksanaan yang lebih konkrit.