BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival Alam Kita 2026: NRES Rakyatkan Agenda Kelestarian Gaya Hidup Hijau Di Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Karnival Alam Kita 2026: NRES Rakyatkan Agenda Kelestarian Gaya Hidup Hijau Di Johor​

71a4b3694bec9f4f66f279d6a3dcf6586a5cb5dc27a3f

fb Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia - JUPEM

Karnival Alam Kita (KAK) 2026 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) diteruskan ke Johor bagi memperkukuh kesedaran serta menggalakkan tindakan masyarakat memelihara alam sekitar menerusi amalan gaya hidup hijau.

Menerusi kenyataan hari ini, kementerian berkenaan memaklumkan majlis perasmian karnival itu dilakukan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh di Dewan Muafakat Bukit Gambir, Tangkak, semalam.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRES Datuk Khalid Mohamed dan Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Khairul Hizam Hassan.

Menurut NRES, Syed Ibrahim ketika berucap pada majlis berkenaan berkata penganjuran karnival itu tahun ini adalah untuk membawa pelbagai maklumat, teknologi, perkhidmatan dan peluang secara terus kepada rakyat agar mereka dapat melihat sendiri mengenai amalan kelestarian boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata agenda kelestarian bukanlah tanggungjawab kementerian semata-mata, sebaliknya amanah yang perlu dipikul bersama-sama bermula di rumah, sekolah, tempat kerja dan dalam komuniti.

"Apabila kita sebut tentang sumber asli atau kelestarian alam, ramai terus terfikir tentang unsur nadir bumi (REE), mineral, sisa elektronik (e-waste), perubahan iklim atau perhutanan. Hakikatnya, semua isu ini sangat dekat dengan kehidupan kita.

"Cabaran sebenar ialah bagaimana kita menyampaikan isu-isu ini dalam bahasa yang lebih mudah difahami, lebih dekat dengan kehidupan seharian dan membuatkan rakyat merasakan mereka juga mempunyai peranan," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, pada majlis sama, NRES turut melancarkan Program Duta Muda Alam, iaitu inisiatif latihan kesedaran alam sekitar dalam kalangan remaja sekolah yang bertujuan melahirkan pemimpin muda bagi membimbing komuniti dan keluarga mengamalkan gaya hidup lestari.

Selain itu, program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) oleh Skuad NRES Lestari bersama rakan strategik Bateriku (M) Sdn Bhd bagi menyokong usaha transformasi ekonomi hijau negara ke arah mencapai aspirasi sifar karbon bersih menjelang 2050.

 
Back
Top
Log in Register