BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyCreative Perkukuh Industri Kreatif, Pacu Agenda Ekonomi Jingga Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MyCreative Perkukuh Industri Kreatif, Pacu Agenda Ekonomi Jingga Malaysia​

51281bb385fbb46e4306f504814024a76a4270a13deb8

Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Zainol Haqim Zainol Rashid. -- Kredit: MyCreative Ventures

MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) memperkukuh peranannya dalam membangunkan industri kreatif negara dengan memberi tumpuan kepada pengkomersialan karya, pembangunan harta intelek (IP) dan peluasan akses pasaran bagi membantu lebih ramai penggiat membina perniagaan yang mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Zainol Haqim Zainol Rashid berkata pendekatan itu seiring dengan aspirasi Kementerian Komunikasi serta agenda pembangunan Ekonomi Jingga Malaysia yang memberi penekanan kepada pertumbuhan industri kreatif sebagai antara pemacu ekonomi negara.

Beliau berkata penggiat kreatif tempatan mempunyai bakat dan keupayaan menghasilkan karya berkualiti namun masih berdepan cabaran untuk mengembangkan karya sebagai produk dan perniagaan yang mampu bersaing serta menjana pendapatan secara berterusan.

“Cabaran utama bukanlah kekurangan bakat atau idea, tetapi bagaimana untuk menukar kreativiti kepada sebuah perniagaan yang mampan dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

“Di sinilah peranan MyCreative Ventures perlu diperkukuhkan. Kami mahu menjadi lebih daripada sekadar penyedia program atau pembiayaan. Kami mahu menjadi pemangkin pertumbuhan perniagaan kreatif yang membantu penggiat industri bergerak daripada menghasilkan karya kepada membina perusahaan yang mampan dan bernilai komersial tinggi,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Zainol Haqim berkata MyCreative akan memperluaskan jaringan kerjasama dengan pemain industri, syarikat korporat, institusi kewangan, pelabur dan rakan strategik antarabangsa bagi mewujudkan lebih banyak peluang pertumbuhan kepada perusahaan kreatif tempatan.

Katanya, kejayaan sesebuah inisiatif tidak lagi akan diukur berdasarkan jumlah dana yang disalurkan atau bilangan penerima semata-mata, sebaliknya melalui impak jangka panjang yang mampu diwujudkan.

“Ukuran kejayaan ialah sejauh mana perniagaan kreatif berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, pelaburan berjaya ditarik, harta intelek dibangunkan dan perniagaan kekal mampan selepas menerima sokongan,” katanya.

Mengulas mengenai platform RIUH, beliau berkata MyCreative akan terus memperkasa inisiatif itu sebagai platform yang bukan sahaja mempromosikan produk dan bakat kreatif tempatan, malah membuka akses pasaran serta menghubungkan penggiat industri dengan masyarakat dan rakan strategik antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register