BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Terbuka Aidilfitri Semai Semangat Muhibah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
edc372ae2eece68f841b8ab3733d0c4369be44870d39f

d9cde8702471d53cba16b0f22dfe163169be45b455ec5

82bfc25994b58f7b73cc49568cacd37b69be4592bb2ac

Orang ramai daripada pelbagai kaum mula membanjiri pekarangan Astana Negeri seawal jam 9 pagi bagi memeriahkan sambutan serta beramah mesra dengan pemimpin negeri sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang berlangsung di Astana Negeri hari ini.

Tradisi rumah terbuka Aidilfitri terus menyemai semangat muhibah dengan sambutan di beberapa negeri berlangsung meriah.

Di SARAWAK, orang ramai membanjiri pekarangan Astana Negeri, Kuching bermula 9 pagi bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat, usia, kaum dan agama disajikan dengan aneka juadah selain mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pemimpin negeri.

Di JOHOR, rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru seawal 8 pagi.

Orang ramai dijamu dengan pelbagai juadah tradisional dan moden termasuk ketupat, lemang, rendang, soto dan mi rebus selain kuih-muih dan pelbagai minuman.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani berangkat ke Majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco kerajaan negeri.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional selain pengunjung turut mengambil peluang merakam kenangan di pekarangan istana.

 
Back
Top
Log in Register