BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 20,000 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor, Semangat ‘Bangsa Johor’ Terzahir

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
6f481cd8e508b823ed6b4d3499de982b69be21732a680

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor (tiga, kanan) menyantuni sebahagian tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di kediaman rasminya di Saujana hari ini.

--“fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, dengan kehadiran luar biasa itu mencerminkan semangat ‘Bangsa Johor’ serta hubungan erat antara kerajaan negeri dan rakyat.

Seawal 8 pagi, orang ramai hadir bersama keluarga tanpa mengira latar belakang bagi menikmati suasana perayaan yang meriah, dengan 37 gerai menyediakan pelbagai juadah tradisional dan moden.

Antara hidangan yang menjadi tumpuan termasuk ketupat, lemang, rendang, briani daging, soto dan mi rebus, selain kuih-muih serta minuman panas dan sejuk.

Eksekutif swasta, Nor Intan Ilyana Rahman, 34, berkata penganjuran rumah terbuka itu mencipta pengalaman yang lebih bermakna kerana memberi ruang interaksi langsung antara pemimpin dan rakyat.

“Bukan selalu kita dapat berkongsi ruang dalam suasana santai seperti ini. Kehadiran tetamu yang ramai hari ini menunjukkan rakyat selesa dan menghargai pendekatan yang lebih terbuka,” katanya ketika ditemui di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di sini.

Kerani, G. Tashweena, 29, menyifatkan suasana yang terhasil sebagai gambaran sebenar keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Semua kaum duduk semeja, berkongsi makanan dan bertegur sapa tanpa jurang. Ini mencerminkan perpaduan yang berlaku secara semula jadi, bukan dibuat-buat,” katanya.

Pesara, Lim Siew Eng, 62, pula berkata langkah mendekati rakyat melalui program seumpama itu memberi kesan langsung dalam membina keyakinan terhadap kepimpinan negeri.

“Apabila pemimpin bersama rakyat dalam suasana begini, ia mewujudkan rasa saling percaya. Program seperti ini membuatkan rakyat benar-benar rasa dihargai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register