BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kekalkan Semangat Bangsa Johor, Kuatkan Perpaduan - Onn Hafiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
a0049c61ee12023bac0a327334ffca1c69b37777a19b2

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) ketika sesi temu bual bersama Bernama yang diketuai oleh Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, baru-baru ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rakyat Johor diminta terus mengekalkan semangat Bangsa Johor serta memperkukuh perpaduan antara satu sama lain supaya kejayaan dapat dikecapi bersama dan memastikan keharmonian serta kestabilan negeri itu terus terpelihara.

Perkara itu merupakan amanat penting yang ingin disampaikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada rakyat Johor menjelang ulang tahun keempat pentadbirannya pada 15 Mac ini.

“Untuk Johor terus maju, elemen perpaduan Bangsa Johor itu cukup penting kerana dengan perpaduan akan membina satu kekuatan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor,  baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai faktor Johor yang dilihat jarang berdepan konflik berkaitan agama dan kaum berbanding beberapa negeri lain kebelakangan ini.

Mengambil contoh perpecahan dan kacau bilau yang berlaku di negara luar, beliau berkata perkara itu hanya menyebabkan negara kehilangan kestabilan, sekali gus membantutkan peluang ekonomi dan pelaburan.

Onn Hafiz berkata keunikan konsep Bangsa Johor yang diasaskan institusi kesultanan menjadi antara faktor utama negeri itu terus mengekalkan keharmonian kaum dan agama.

Beliau berkata konsep Bangsa Johor yang wujud sejak 1920 sentiasa menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang menetap dan mencari rezeki di negeri itu.

Beliau berkata pendekatan institusi kesultanan yang sentiasa menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang turut menyumbang kepada semangat kebersamaan yang terus kekal hingga kini.

 
Back
Top
Log in Register