BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangsa Johor Kenali Tunku Mahkota Ismail Sebagai Pemimpin Berwibawa - Onn Hafiz

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
f4efdce031a3cfdea7377cbf08a64d6369b0d5f674467

Kredit: Fb Onn Hafiz Ghazi

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin masyarakat, khususnya Bangsa Johor mengenali Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sebagai pemimpin berwibawa yang komited memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata dalam kekecohan isu bola sepak yang hangat diperkatakan di media sosial, pelbagai pandangan dan kritikan dilontarkan terhadap Tunku Mahkota Ismail, namun rakyat negeri ini menyedari kepimpinan dan visi baginda yang sebenar.

“Itulah realiti dunia hari ini. Media sosial memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Namun saya yakin, Bangsa Johor mengenali siapa sebenarnya Tunku Mahkota Ismail,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Onn Hafiz berkata Tunku Mahkota Ismail sentiasa meletakkan tanda aras tinggi terhadap prestasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan standard sama turut diterapkan terhadap kepimpinan negeri, termasuk barisan exco serta Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS).

“Sebagai Menteri Besar, saya menyaksikan sendiri bagaimana banyak inisiatif Tunku Mahkota Ismail lahir daripada hasrat jelas untuk melihat Johor lebih maju, berdaya saing dan rakyatnya menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.

Onn Hafiz berkata Tunku Mahkota Ismail sering mengingatkan bahawa amanah memimpin negeri bukan sekadar jawatan, tetapi tanggungjawab untuk bekerja lebih keras, berfikir jauh dan memastikan setiap dasar memberi manfaat nyata kepada rakyat.

Beliau berkata dalam bidang pendidikan, baginda sering menekankan bahawa masa depan Johor mesti dibina melalui pendidikan yang berkualiti untuk generasi muda.

“Sebab itu, lahir idea seperti Sekolah Rintis Bangsa Johor, bagi membina generasi anak Johor yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga memiliki kepimpinan dan keyakinan untuk bersaing di peringkat global.

“Begitu juga dengan pembangunan belia melalui Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) serta gerakan Southern Volunteers, yang menghimpunkan ribuan anak muda Johor untuk turun membantu masyarakat ketika bencana dan situasi kecemasan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register