combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi
Nasihat dan bimbingan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sentiasa menjadi panduan penting buat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menerajui pentadbiran negeri sepanjang empat tahun lepas.
Onn Hafiz, 47, berkata tunjuk ajar, panduan dan pengalaman daripada Sultan Ibrahim yang juga Sultan Johor serta Tunku Ismail Sultan Ibrahim banyak menjadi “kompas” untuknya mencari arah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran negeri sejak dilantik pada Mac 2022.
Beliau berkata antara pesanan yang paling diingati ialah titah Sultan Johor ketika beliau mula-mula dilantik sebagai Menteri Besar empat tahun lepas.
“Datuk, bila jadi pemimpin ini, letak diri awak rendah sedikit daripada rumput. Jangan menyombong, jangan bongkak, jangan angkuh kerana datuk memimpin untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi pembawakan itu sangat penting,” katanya mengimbau titah nasihat itu.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, kediaman rasmi bagi Menteri Besar Johor di sini baru-baru ini.
Onn Hafiz berkata kata-kata itu sentiasa tersemat dalam ingatannya dan menjadi peringatan berterusan agar beliau kekal merendah diri serta amanah dalam memikul tanggungjawab memimpin negeri.
Pada masa sama, beliau berkata Pemangku Sultan Johor juga sering menasihatinya supaya tidak melupakan jati diri Bangsa Johor walaupun negeri ini terus membangun.
“Datuk, kalau kita nak bangunkan Johor, jangan sekali-kali kita lupakan diri kita. Kita tidak boleh lupa siapa kita sebagai rakyat Johor. Bangunkan negeri, bangunkan negara tetapi pada masa sama jangan lupa siapa diri kita sebagai satu bangsa,” katanya mengimbau titah itu.
Nasihat Agong Dan Tunku Mahkota Ismail Jadi Pegangan Onn Hafiz Tadbir Johor
Onn Hafiz, Johor, Menteri Besar, Agong, Tunku Mahk