BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perak Adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Pada 21 Mac

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
800fb415767cffce81f1867149dbdb9469b57ed7ec5bf

a17381804cbdbbb95c1779f8555ed06669b57eeaa136d

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (dua,kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada para peniaga ketika hadir pada Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia pada 21 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata semua rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dialu-alukan menghadiri program berkenaan.

“Sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac), pada sebelah pagi kita akan berkumpul di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum pulang meraikannya bersama-sama keluarga.

"Pada hari Sabtu (21 Mac) pula, sebelah pagi kita akan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan pihak istana, manakala sebelah petang kerajaan negeri akan menganjurkan rumah terbuka seperti biasa di Stadium Indera Mulia. Program itu diteruskan sepertimana setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register