combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Projek Terowong: CZBUCG, Kerajaan P. Pinang Adakan Mesyuarat Sebelum Tender Terbuka
Lim Guan Eng
Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa empat hingga lima mesyuarat diadakan antara syarikat Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung projek pembinaan tiga jalan utama serta terowong dasar laut di negeri itu sebelum pembidaan projek secara tender terbuka.
Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli, 34, berkata mesyuarat itu dihadiri wakil syarikat, Datuk Lee Chee Hoe dan wakil kerajaan negeri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pulau Pinang diwakili individu dikenali sebagai Azlan.
Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Mohd Haijan Omar pada perbicaraan kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.
Zulhilmi yang merupakan pegawai penyiasat kes rasuah projek berkenaan bagaimanapun tidak mengingati tarikh mesyuarat tersebut.
Mohd Haijan: Saya katakan tiada asas kepada apa-apa dakwaan oleh saksi daripada CZBUCG berkenaan mesyuarat-mesyuarat lain yang dihadiri oleh mereka selain tiga mesyuarat dan Zulhilmi menjawab, "Saya tidak setuju".
Disoal Mohd Haijan mengenai apa asas menyokong kewujudan mesyuarat berkenaan yang dihadiri mereka selain daripada tiga mesyuarat pada 10 dan 19 Mei serta 11 Julai 2011, sebelum pembidaan tender terbuka, Zulhilmi berkata ia berdasarkan keterangan Datuk Zarul Ahmad (saksi pendakwaan ke-23 Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli) bahawa terdapat perjumpaan awal.
Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia tidak mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut selain tiada rekod mesyuarat antara CZBUCG dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung projek tersebut.
Pada prosiding 5 Jun lepas, Zulhilmi tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Haijan bahawa tiga mesyuarat antara BUCG dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membabitkan projek tersebut yang diadakan pada 10 dan 19 Mei serta 11 Julai 2011 tidak diatur secara khusus oleh Lim.
Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Haijan bahawa tiada apa-apa dokumen yang dirampas daripada Zarul Ahmad bagi tujuan siasatannya.
Loading…
www.bernama.com