Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,766
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,766
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pulau Pinang, PERDA Adakan Perbincangan Mengenai Tapak Pesta Sementara
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kanan) melihat lakaran gambar pembangunan Sungai Nibong pada majlis Simposium Libat Urus Pemegang Taruh Draf Pelan Induk Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Sungai Nibong (Tapak Pesta), hari ini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu lagi mengenai lokasi penganjuran Pesta Pulau Pinang untuk diteruskan di lokasi sementara sepanjang tempoh pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Sungai Nibong, di sini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan muktamad itu akan dibuat selepas selesai rundingan yang sedang dijalankan antara kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) berhubung cadangan memindahkan lokasi pesta tahunan itu ke Kubang Menerong, Seberang Perai Utara, dekat sini.
"Kerajaan negeri sedang menilai beberapa pilihan sebelum keputusan muktamad dibuat dan kita masih dalam perbincangan, pegawai daripada Pejabat Kewangan Negeri telah diberi mandat untuk berunding dengan PERDA kerana terdapat beberapa pilihan yang sedang dipertimbangkan.
"Tapak baharu itu (Pesta Pulau Pinang) sebagai penyelesaian sementara sepanjang pembinaan depo dan stesen LRT Laluan Mutiara di tapak sedia ada iaitu di Sungai Nibong," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas merasmikan Simposium Libat Urus Pemegang Taruh Draf Pelan Induk TOD Sungai Nibong (Tapak Pesta) di sini, hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari.
Chow berkata terdapat tiga pilihan utama yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, iaitu pertama adalah tidak menganjurkan Pesta Pulau Pinang sepanjang tempoh pembinaan projek berkenaan.
Pilihan kedua pula, meneruskan penganjuran pesta itu pada sebahagian kawasan Sungai Nibong yang tidak terjejas dengan kerja pembinaan, namun dilihat tidak sesuai kerana kawasan pesta akan berada berhampiran tapak pembinaan.
"Ketiga, mengadakan pesta itu di lokasi lain. Kita menerima cadangan daripada PERDA dan kita melihat ia lebih sesuai sebagai satu penyelesaian jangka pendek.
“Keputusan perlu dibuat dalam masa terdekat bagi memberikan ruang kepada pihak penganjur membuat persiapan mencukupi sekiranya pesta itu diteruskan di lokasi baharu" katanya.