BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERDA Tawar Tapak Untuk Kerajaan Negeri Anjur Pesta Pulau Pinang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PERDA Tawar Tapak Untuk Kerajaan Negeri Anjur Pesta Pulau Pinang​

865ea41916ea04378f111d90a7de48946a3a40568495a

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Dr Shaik Hussein Mydin ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Pra Pelancaran Expert Expo PERDA 2026.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mempertimbangkan supaya penganjuran Pesta Pulau Pinang dibuat di tanah miliknya sepanjang tempoh penganjurannya di tapak asal direhatkan selama enam tahun.

Pengerusi PERDA Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata cadangan itu dikemukakan sebagai lokasi alternatif penganjuran program tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada usahawan tempatan memandangkan PERDA mempunyai lokasi yang lebih sesuai dari segi keluasan serta kemudahan akses.

“Kawasan PERDA di Tasek Gelugor seperti di Kubang Menerong dan Ara Kuda mempunyai kelebihan strategik kerana kedudukannya berhampiran sempadan Kedah serta mudah diakses melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Contohnya kawasan di Kubang Menerong sesuai kerana keluasan tanah yang besar termasuk kira-kira 24 hektar yang masih belum dibangunkan selain kemudahan parkir yang banyak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shaik Hussein berkata cadangan itu juga telah dibincangkan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan negeri Datuk Rashidi Zinol untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata lokasi itu boleh menjadi pilihan berbanding tapak sedia ada di Pulau Pinang yang sering mengalami kesesakan, khususnya ketika penganjuran acara berskala besar selain majoriti pengunjung ke Pesta Pulau Pinang di lokasi asal di Sungai Nibong datang dari Seberang Perai.

Beliau berkata PERDA juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memudahkan perbincangan dan pelaksanaan jika cadangan itu dipersetujui kerana matlamat utama ialah membantu usahawan.

Penganjuran pesta itu di lokasi baharu juga dilihat sebagai alternatif sementara menunggu pembangunan infrastruktur lain di kawasan Sungai Nibong siap sepenuhnya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata edisi ke-59 Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong dari Disember 2025 hingga Januari 2026 menjadi edisi terakhir sebelum penganjurannya direhatkan selama enam tahun.

 
Back
Top
Log in Register