BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Aktif Sukan Taekwondo, Semai Semangat Perpaduan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Warga Emas Aktif Sukan Taekwondo, Semai Semangat Perpaduan​

c51637493527f1c69de4086964b76ccd6a852bd6387e9

Jurulatih dan Pengasas Power Sport Taekwondo Club Leong Yong Wah (kanan) dan Yeap Swee Bee (kiri) bergambar bersama ahli-ahli kelab sebelum sesi latihan sukan mempertahankan diri itu baru-baru ini.

Ketika individu seusianya memilih untuk memperlahankan rentak kehidupan, seorang warga emas masih gagah melangkah ke gelanggang taekwondo miliknya yang terletak di Bandar Bukit Tinggi di sini.

Leong Yong Wah, 71, melakukan rutin itu bukan sekadar untuk mengekalkan kecergasan, sebaliknya membimbing generasi muda membina disiplin, memupuk rasa hormat dan menyemai semangat perpaduan menerusi sukan berkenaan.

Bersama-sama isterinya, Yeap Swee Bee, 66, pasangan warga emas berkenaan membuktikan usia bukan penghalang untuk terus aktif, produktif dan menyumbang kepada masyarakat, sekali gus menterjemahkan makna kesejahteraan menerusi kehidupan yang sihat dan menua dengan bermaruah.

Kisah pasangan itu juga selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, apabila kesejahteraan bukan hanya bermakna menikmati kemudahan tetapi turut mempunyai ruang untuk terus bergerak, bersosial dan menyumbang tanpa mengira usia.

Bagi Leong, pemegang tali pinggang hitam 8th Dan Kukkiwon yang mula mengajar taekwondo pada 1970, kejayaan tidak hanya diukur menerusi pingat atau gelaran yang diraih anak didiknya, sebaliknya apabila berjaya membentuk generasi berdisiplin, berakhlak dan hidup dalam semangat perpaduan.

“Saya mula mengajar taekwondo ketika berusia 20 tahun. Sekolah pertama yang saya latih ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa dengan hanya enam murid. Selepas itu jumlah pelajar bertambah dan kami mula mengajar di lebih 10 sekolah di sekitar Selangor,” katanya kepada Bernama.

Pada 2010, beliau menubuhkan pusat latihan rasmi Power Sport Taekwondo Club yang pada awalnya diwujudkan bagi memenuhi permintaan pelajar yang mahu menjalani latihan tambahan untuk menyertai kejohanan, sebelum berkembang dengan penyertaan orang awam.

Selepas lebih lima dekad bergelar jurulatih, kira-kira 20,000 individu pernah menerima latihan di bawah bimbingannya.

 
Back
Top
Log in Register