BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penguasaan Bahasa Ketiga Buka Ruang Kenali Budaya, Semai Perpaduan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Penguasaan Bahasa Ketiga Buka Ruang Kenali Budaya, Semai Perpaduan​

6a4c1bc3cfb7c4c53d9e5d4972a943f16a81302e5c251

3c5d986949daa5d71ef76c7da9976bec6a8130445be14

f2efcbdbbd3c4bff1c5fd1b9a13e77f96a813066a0bf5

62f8b06231f3032b279d7d16e3337d0e6a8131dc2939a


“Ni hao”, “Xiexie” dan “Zaijian” mungkin sekadar tiga ungkapan mudah bahasa Mandarin, namun bagi tiga anak muda tempatan penguasaan bahasa itu menjadi jambatan untuk mendekati masyarakat lain, membina persahabatan dan menyemai perpaduan.

Muhammad Aizat Nor Rahman, 36, G. Yuashini, 25, dan Nurfatin Syafiqah Mohamad Yasin, 24, berkata penguasaan bahasa tambahan bukan bermaksud mengetepikan bahasa Melayu, sebaliknya menjadi pelengkap untuk membina hubungan lebih erat dalam masyarakat berbilang kaum.

Mereka yang belajar di Kunkwan International Online Training Centre juga berpandangan semakin banyak bahasa dikuasai, semakin luas ruang untuk berkomunikasi, membina hubungan dan melihat kepelbagaian Malaysia dari perspektif berbeza.

Muhammad Aizat yang bekerja sebagai pengurus kilang berkata minat terhadap bahasa mendorongnya mempelajari bahasa Mandarin selain menyedari kemahiran itu membantunya membina hubungan lebih mesra dengan masyarakat pelbagai kaum.

Setiap kali berpeluang bertutur dalam bahasa Mandarin, Muhammad Aizat berkata sering menerima reaksi positif daripada masyarakat Cina yang menghargai kesungguhannya mempelajari bahasa mereka.

“Bagi saya, bahasa adalah pintu kepada budaya. Sebab itu saya melihat pembelajaran bahasa sebagai platform yang baik untuk memupuk perpaduan, khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum selain membantu komunikasi yang lebih mesra dengan penutur bahasa yang sama.

“Belajar pelbagai bahasa tidak bermaksud kita melupakan akar budaya sendiri. Kita belajar bahasa mereka dan pada masa sama boleh mengajar bahasa Melayu. Komunikasi menjadi lebih baik dan membuka peluang untuk kita mengenali budaya serta memahami masyarakat lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Terapis kecantikan Yuashini pula berkata penguasaan bahasa Mandarin bukan sekadar kemahiran tambahan sebaliknya turut berfungsi sebagai medium untuk membantu orang lain terutama ketika berurusan dengan golongan kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

 
Back
Top
Log in Register