Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Penguasaan Bahasa Ketiga Buka Ruang Kenali Budaya, Semai Perpaduan
“Ni hao”, “Xiexie” dan “Zaijian” mungkin sekadar tiga ungkapan mudah bahasa Mandarin, namun bagi tiga anak muda tempatan penguasaan bahasa itu menjadi jambatan untuk mendekati masyarakat lain, membina persahabatan dan menyemai perpaduan.
Muhammad Aizat Nor Rahman, 36, G. Yuashini, 25, dan Nurfatin Syafiqah Mohamad Yasin, 24, berkata penguasaan bahasa tambahan bukan bermaksud mengetepikan bahasa Melayu, sebaliknya menjadi pelengkap untuk membina hubungan lebih erat dalam masyarakat berbilang kaum.
Mereka yang belajar di Kunkwan International Online Training Centre juga berpandangan semakin banyak bahasa dikuasai, semakin luas ruang untuk berkomunikasi, membina hubungan dan melihat kepelbagaian Malaysia dari perspektif berbeza.
Muhammad Aizat yang bekerja sebagai pengurus kilang berkata minat terhadap bahasa mendorongnya mempelajari bahasa Mandarin selain menyedari kemahiran itu membantunya membina hubungan lebih mesra dengan masyarakat pelbagai kaum.
Setiap kali berpeluang bertutur dalam bahasa Mandarin, Muhammad Aizat berkata sering menerima reaksi positif daripada masyarakat Cina yang menghargai kesungguhannya mempelajari bahasa mereka.
“Bagi saya, bahasa adalah pintu kepada budaya. Sebab itu saya melihat pembelajaran bahasa sebagai platform yang baik untuk memupuk perpaduan, khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum selain membantu komunikasi yang lebih mesra dengan penutur bahasa yang sama.
“Belajar pelbagai bahasa tidak bermaksud kita melupakan akar budaya sendiri. Kita belajar bahasa mereka dan pada masa sama boleh mengajar bahasa Melayu. Komunikasi menjadi lebih baik dan membuka peluang untuk kita mengenali budaya serta memahami masyarakat lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Terapis kecantikan Yuashini pula berkata penguasaan bahasa Mandarin bukan sekadar kemahiran tambahan sebaliknya turut berfungsi sebagai medium untuk membantu orang lain terutama ketika berurusan dengan golongan kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.
Loading…
www.bernama.com