BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Rezeki mesin taip besarkan anak-anak sejak 22 tahun lalu

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,537
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,537
Reaction score
4,820
Points
266



Marang: "Mesin taip ini ibarat nyawa saya dan banyak jasanya kepada keluarga. Saya besarkan anak-anak hasil daripada mesin taip ini," kata Keseri Mokhtar, 62, dari Kampung Bukit Kulim, Jerung, di sini.

Bapa kepada enam anak itu berkata, sebagai penulis berlesen, mesin taip adalah satu keperluan yang perlu ada.
"Sebab itu saya sentiasa menjaga alat ini supaya sentiasa berada dalam keadaan baik kerana ini punca rezeki saya.

"Kalau rosak, saya tak tahu nak buat kerja apa, sebab dengan fizikal tubuh saya, kerja ini saja yang mampu saya buat sejak 22 tahun lalu," katanya ketika ditemui sedang melayani pelanggan di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang, di sini, hari ini.

Keseri yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kenit itu berkata, hasil kerja itu, dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Mengakui pendapatan itu kecil bagi menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak yang masih bersekolah, namun berkat prinsip bersyukur dengan rezeki yang ada menyebabkan keluarga berkenaan hidup bahagia.

"Kita kena pandai menguruskan perbelanjaan. Berbelanja mengikut keperluan kerana kalau gaji besar tapi tidak tahu menguruskan duit, tidak cukup juga," katanya yang menjadikan bonet Perodua Kancil miliknya sebagai tempat bekerja.

Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan tukar hak milik tanah dengan bayaran upah sebanyak antara RM100 hingga RM150 bergantung kepada urusan yang dilakukan dari awal hingga selesai proses tukar hak milik.

Dia berkata, perkhidmatan penulis berlesen kurang mendapat sambutan berbanding dulu dan kini hanya kira-kira 30 peratus saja yang menggunakan perkhidmatan itu.


 KESERI masih menggunakan mesin taip di ruang bonet keretanya dengan menawarkan perkhidmatan tukar hak milik tanah. FOTO Ghazali Kori
KESERI masih menggunakan mesin taip di ruang bonet keretanya dengan menawarkan perkhidmatan tukar hak milik tanah. FOTO Ghazali Kori

Sebagai menampung pendapatan keluarga, dia memohon bantuan mesin jahit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira 10 tahun lalu untuk kegunaan isteri, Rahani Harun, 42, mengambil upah menjahit pakaian.

"Dengan mesin jahit ini, hasil upah yang isteri dapat, walaupun sedikit cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya.

 
kental. masih guna mesin taip
 
urusan pindah hak milik...macam mana tu....
 
terbaik. suka tgk cara org buat manual mcm ni. maybe kaunter pej. tanah ni suruh buat surat dgn pakcik ni untuk urusan tanah. rezeki dia
 
Back
Top
Log in Register