BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: 'Walkout' Tidak Bertanggungjawab, Ahli Parlimen Patut Guna Peluang Teliti Fakta - Dr Zulkifli

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

RCI TH: 'Walkout' Tidak Bertanggungjawab, Ahli Parlimen Patut Guna Peluang Teliti Fakta - Dr Zulkifli​

093f8ee990757971bb3c4606b19037356a7a99d35f6ed


Tindakan blok pembangkang meninggalkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ketika sesi penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin lepas adalah tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata semua Ahli Parlimen, tidak kira daripada pihak mana, sepatutnya bersama-sama mengambil bahagian dalam membahas, mengupas dan mengemukakan pertanyaan dalam mencari penyelesaian terbaik bagi isu TH.

“Apabila ada Ahli Parlimen yang keluar tidak mahu membahaskan, maka saya merasakan itu bukanlah satu tindakan yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.

Ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung Isnin lepas, blok pembangkang bertindak keluar dan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk meneruskan sesi itu tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum itu mencadangkan supaya mesyuarat khas berkenaan ditangguhkan susulan ketidakhadiran Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang masing-masing sedang menerima rawatan akibat masalah kesihatan.

Selain itu, Zulkifli berkata pihak berkuasa perlu diberi ruang untuk meneruskan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang susulan pendedahan laporan RCI TH itu.

“Kita perlu hormati proses undang-undang supaya dapat dilaksanakan sebaiknya untuk kemaslahatan semua,” katanya.

Zulkifli juga berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai dakwaan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad bahawa beliau tidak dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding RCI walaupun hadir pada tarikh yang ditetapkan.

“Sekarang ini saya tidak dapat apa-apa maklumat berkenaan perkara tersebut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register