BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen PN Antara Keluar Dewan Rakyat Hari Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

RCI TH: Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen PN Antara Keluar Dewan Rakyat Hari Ini​

800eaabb6b566ee39a4850491471f2456a7aa553606b9

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin merupakan antara yang keluar Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Turut meninggalkan dewan ialah Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar.

Antara Ahli Parlimen PN yang mengambil tindakan sama ialah wakil rakyat PAS iaitu Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Mohd Syahir Che Sulaiman (Bachok), Dr Halimah Ali (Kapar) dan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang).

Selain itu, Ahli Parlimen Bersatu Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (Tasek Gelugor), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) serta wakil rakyat dari Warisan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) turut keluar dewan.

Bagaimanapun, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang masih berada di dalam Dewan Rakyat untuk mengikuti sidang khas itu termasuk Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin (Bersatu) dan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Bersatu).

Terdahulu, Takiyuddin mengemukakan cadangan supaya mesyuarat khas itu ditangguhkan, susulan ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang masing-masing sedang dirawat akibat masalah kesihatan.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membuka ruang kepada Ahli Parlimen untuk meneliti laporan RCI TH yang telah didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas, setelah kerajaan memutuskan bahawa laporan itu perlu diketahui rakyat.

Laporan itu mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan 25 syor tindakan penambahbaikan dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas.

 
Back
Top
Log in Register