BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI TH: Tindakan Keluar Dewan Cerminan Pembangkang Gagal Bela Nasib Pendeposit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Laporan RCI TH: Tindakan Keluar Dewan Cerminan Pembangkang Gagal Bela Nasib Pendeposit​

140917c8d6e80df2e820635e737c1a906a7b08c19cd4b

c3ab656586b473e991c7e31fee00a0ef633e90ca7edf6

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sesi perbahasan penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Bangunan Parlimen hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Beberapa Ahli Parlimen menempelak tindakan blok pembangkang yang tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tindakan sebahagian blok pembangkang keluar dari dewan persidangan juga mencerminkan kegagalan mereka sebagai Ahli Parlimen untuk memainkan peranan semak dan imbang.

“Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu–Islam memilih untuk boikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu–Islam.

“Saya tidak bersetuju tanggungjawab Ahli Parlimen yang sihat walafiat perlu terhenti hanya kerana seseorang perdana menteri kurang sihat. Parlimen bukanlah one man show,” katanya sewaktu mengambil bahagian dalam perbahasan RCI TH di Parlimen hari ini.

Syed Saddiq juga menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu sebagai satu langkah yang "memboikot" amanah daripada lebih 10 juta pendeposit dalam TH.

“Mereka (pendeposit) umat Islam mengharapkan kita sebagai Ahli Parlimen memainkan peranan semak dan imbang, mencari penyelesaian yang tuntas supaya nasib dan maruah mereka terbela. Kalau ada fakta bahas, kalau ada salah bongkarkan,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan bahawa enam wakil rakyat Bersatu memilih untuk kekal dan mengambil bahagian dalam perbahasan laporan RCI itu biarpun pihak pembangkang lain bertindak keluar dewan.

“Kami juga pembangkang, tetapi pembangkang kami ini bertanggungjawab dan kita mengambil bahagian untuk membahaskan satu isu yang paling penting, yang berhubung kait dengan hampir 10 juta penyimpan dalam Tabung Haji,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan segelintir Ahli Parlimen yang memboikot Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini atas alasan yang tidak munasabah.

 
Back
Top
Log in Register