kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
RCI Penting Teliti Unsur Di Sebalik Kerugian Pelaburan TH
Penelitian menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) penting, bagi menentukan sama ada kerugian pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) berpunca daripada kelemahan dalam membuat keputusan pelaburan atau terdapat unsur lain di sebaliknya, kata Senator Muhammad Hasbi Muda.
Ahli Dewan Negara itu berkata meskipun kerugian merupakan perkara biasa dalam aktiviti pelaburan dan tidak semestinya menunjukkan berlakunya jenayah, isu membabitkan TH perlu dilihat secara menyeluruh berikutan jumlah pelaburan bermasalah yang dibangkitkan.
Beliau berkata daripada 14 pelaburan yang dicadangkan untuk menjalani audit forensik, separuh daripadanya mengalami kerugian 100 peratus, selain kedudukan TH antara 2014 hingga 2018 yang menurutnya menyaksikan liabiliti melebihi aset.
“Kerugian itu kita boleh lihat daripada hasil siasatan itu, adakah kerugian itu memang kelemahan panel pelaburan ataupun ada sesuatu yang tak kena di sebaliknya.
“Kalau kesalahan itu straightforward macam pencuri tabung masjid, kita tak perlu kepada RCI… tetapi dalam kes Tabung Haji ini, dia sistemik. Dia suatu salah laku ataupun penyelewengan yang sukar ditentukan dengan cara yang biasa. Jadi itu kita perlu kepada RCI,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ketika menjadi penal dalam program bual bicara terbitan stesen televisyen tempatan, baru-baru ini yang turut menampilkan pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai sebagai panel.
Muhammad Hasbi berkata dalam memahami istilah “sakau”, ia tidak seharusnya dilihat hanya sebagai perbuatan mengambil wang atau harta pihak lain untuk kepentingan diri secara tidak sah.
Beliau berkata ia boleh difahami dalam konteks lebih luas termasuk manfaat dalam bentuk jawatan, kenaikan pangkat atau keuntungan lain yang diperoleh dengan cara salah, selain perbuatan seperti tuntutan palsu dan penyalahgunaan kuasa.
Sementara itu, Barjoyai berkata kelemahan dari segi tatacara, tadbir urus dan kawalan dalaman antara perkara yang perlu diberi perhatian, dalam menilai permasalahan lampau Lembaga TH.