BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah: Isa Samad Fail Semakan Terhadap Keputusan Mahkamah Persekutuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f1e6e2260e8fcdd23ac8e7651b35d1926984389fa2920

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta terhadapnya atas pertuduhan rasuah.

Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Mohd Isa ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa notis usul itu difailkan pada 4 Mac.

Permohonan itu difailkan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Abu Bakar berkata permohonan semakan itu difailkan seperti yang diarahkan Mohd Isa.

Mohd Isa ketika ini menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2024 yang membebaskan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.

Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara terhadap Mohd Isa sekiranya gagal membayar denda.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.

Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

 
Back
Top
Log in Register