BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan Kembalikan Sabitan Rasuah, Isa Samad Jalani Hukuman Penjara Enam Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
17c6fef07e11342a70fc3415cded69e3698ae00933900

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tiga, kiri) akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan pembebasan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan responden (Mohd Isa) atas kesemua sembilan pertuduhan dikembalikan semula,” kata Nordin yang bersidang bersama-sama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Nordin berkata bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah wajar dan selaras dengan undang-undang.

“Kami perlu menegaskan semula bahawa rasuah adalah perbuatan keji yang boleh memusnahkan sesebuah negara,” katanya.

Mahkamah mengeluarkan waran penahanan terhadap Mohd Isa, 76, untuk menjalani hukuman penjara mulai hari ini

Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.

Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

 

Isteri Isa Samad menangis, ahli keluarga lain berpelukan​

Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Persekutuan siang tadi 10 Februari apabila bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad dibawa keluar polis sejurus mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun selepas sabitan terhadap kes rasuahnya dikekalkan.

Ahli keluarganya yang duduk di galeri awam di belakang beliau tidak dapat menahan sebak apabila Hakim Datuk Nordin Hassan mengekalkan penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadap Mohd Isa.

Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, dilihat menangis ketika ahli keluarga lain cuba menenangkannya, manakala beberapa yang lain turut berpelukan sesama sendiri. Bagaimanapun, Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kekal tenang sepanjang lebih satu jam penghakiman dibacakan.

Hukuman terhadap Mohd Isa itu bagi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pemerolehan Hotel Merdeka Palace & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).Mohd Isa akan menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Nordin, sebulat suara membuat keputusan terhadap Mohd Isa, 77, itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.

Panel tiga hakim itu memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Isa menerima rasuah sebagai balasan membantu meluluskan pembelian hotel berkenaan, selain anggapan berkanun di bawah undang-undang antirasuah gagal dipatahkan.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah dan sembilan pertuduhan menerima suapan membabitkan lebih RM3 juta berkaitan kelulusan pembelian sebuah hotel di Kuching oleh FICSB.

 
Back
Top
Log in Register