BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Vape: Mahkamah Benar Semakan Kehakiman Tiga NGO Terhadap Keputusan Kerajaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141

Isu Vape: Mahkamah Benar Semakan Kehakiman Tiga NGO Terhadap Keputusan Kerajaan​

21bc299bcf59f7985e26df61fd974b41694e8ade7ef60


Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mencabar keputusan kerajaan pada 2023 untuk mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai Racun.

NGO berkenaan ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Pertubuhan Green Lung Malaysia dan Voice of the Children.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman berkata mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan keputusan kerajaan untuk memberikan pengecualian itu, yang didorong terutamanya oleh faktor ekonomi sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] berkuat kuasa pada 1 Okt 2024, adalah tidak rasional.

Ketiga-tiga NGO memfailkan permohonan itu pada 30 Jun 2023 bagi mendapatkan deklarasi bahawa Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, khususnya klausa bertarikh 31 Mac 2023 yang mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai Racun, adalah suatu pelaksanaan kuasa yang tidak rasional.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa pengecualian itu diperkenal tanpa rundingan sewajarnya dan mencukupi dengan Lembaga Racun sekali gus menjadikan keputusan tersebut ultra vires Seksyen 6 Akta Racun 1952.

 
Back
Top
Log in Register