BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program penipu Dr. Azizan utk tahun 2011!!

emm maknenye xdela hebat sgt sbb sanggup pinjam along

org bijak xkan gune along wpun modal x cukup

pendpt aku jer
penyokong2 jgn mental calar
 
Last edited:
Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

Oleh: SHUHANIZA SAID

azizan%20front.ashx

Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan ketika memberikan ceramah pada Program NUH 2020, baru-baru ini. Foto: Azlina Abdullah

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Azizan Osman?

Sebut sahaja namanya, pasti terbayang figura tokoh motivasi keusahawanan terkemuka negara.

Bergelar Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, namun bukan mudah untuk Dr Azizan berada di tahapnya sekarang.

Semua pengalaman pahitnya, jatuh bangun ketika memulakan perniagaan selepas nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja sehingga pernah dikejar ah long, diceritakan sewaktu Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020, bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor hujung minggu lalu.

“Tiga tahun saya gagal dalam bisnes iaitu bermula tahun 1998, 1999 dan 2000. Ketika itu umur saya 24 hingga 26 tahun. Saya berhenti kerja sebab nak mulakan perniagaan, tapi mak saya kata ‘keluarga kita tak ada darah bisnes’.

“Saya teruskan, buat bisnes bekalkan kelapa di kampung. Saya pinjam duit mak, beli kelapa dari Johor ke Melaka. Tapi tak menjadi sebab kelapa busuk separuh. Tak dapat pulangan modal sepenuhnya, saya putus asa dan berhenti.

“Bisnes kedua, jual sabun basuh baju. Saya pinjam duit mak lagi beli sabun. Saya bawa jualan di sebuah pejabat kerajaan, tak sampai lima minit, habis. Tapi masalahnya, yang beli itu bayar tiga kali. Jadi saya berhenti.

“Bisnes ketiga, saya jual barangan kesihatan seperti produk kuruskan badan, tongkat ali, kacip fatimah. Pun tak menjadi. Tahun 2000, kawan ajak melabur. Modalnya kena ada RM 100,000... Selepas bincang dengan mak dan ayah, kami pajak rumah. Tapi sampai sekarang tak dapat pulangan. Dalam tempoh tiga tahun, saya terhutang dengan ah long sebanyak suku juta,” ujarnya.

b4b0f52fd5cc4fcd9c319eb9d4755db0.ashx

Program NUH 2020 berlangsung selama tiga hari bermula 25 Januari lalu dan dihadiri lebih 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Hingga suatu ketika, kata Dr Azizan, dia dipertemukan dengan seorang lelaki tua berbangsa Cina yang mengajarnya erti bangkit daripada kegagalan.

“Bulan 10, tahun 2000... Allah bagi jalan. Dia jumpakan saya dengan seorang Cina bernama Peter. Saya jumpa dia, saya minta nasihat. Peter nasihatkan saya belajar kerja di bawah orang dan belajar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya bina pasukan di bawah satu syarikat advertising (pengiklanan).

“Namun kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas. Disebabkan itu, maka misi saya adalah dengan menubuhkan RichWorks,” tegas Dr Azizan.

RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman.

Fakta yang lebih menarik, lebih 650,000 peserta telah menghadiri lebih 1,500 seminar dan program anjuran RichWorks.

dd52629e53254309b0f0c0bc0b42525b.ashx

Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Dr Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam sehingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dan akses mudah ke kandungan berorientasikan results serta penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Menerusi Program NUH 2020, salah satu seminar anjuran RichWorks, ia bertujuan untuk membantu usahawan atau bakal usahawan meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Ini adalah kali kedua RichWorks menganjurkan seminar NUH, di mana acara sulungnya berlangsung pada 30 Ogos hingga 1 September 2019.

Baru-baru ini, seminar NUH edisi ke dua berlangsung selama tiga hari bermula 25 Januari lalu dan dihadiri lebih 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

112ee26ae2ee463fa7e170143f2906d9.ashx

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut meluangkan masa menghadiri program NUH 2020.

Lebih manis, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut meluangkan masa menghadiri program berkenaan pada hari kedua ia berlangsung.

Dalam program tersebut, sebilangan usahawan Bumiputera turut berkongsi kisah kejayaan mereka kepada pemimpin nombor satu negara itu.

Mereka yang mengusahakan pelbagai produk seperti kek, baju kurung, perabot sehinggalah kepada produk penjagaan diri kini mampu berbangga apabila memiliki kilang sendiri dan sudah mempunyai tapak yang kukuh dalam platform atas talian.

Kejayaan tersebut adalah hasil daripada menghadiri seminar yang dikendalikan Dr Azizan.

Buktinya, sebilangan besar daripada peserta ini yang dahulunya hanya orang biasa, kini berjaya membina empayar bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun, antaranya Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan ramai lagi.

“Attitude anda menentukan anda di mana. Itu yang membezakan antara orang berjaya dengan yang tak berjaya. Its now or never. Kalau tak buat sekarang, nak tunggu bila? Tiada siapa boleh jamin esok masih ada, atau boleh hidup 100 tahun lagi. Tapi ingat, kejayaan akan datang jika anda push diri sendiri,” ujar Dr Azizan.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/01/30/dr-azizan-richworks


kat sini dah dia dah ajar bahgaimana bina empayar perniagaan...jangan malu tonjolkan muka...modal 100 rm10 beli barang rm90 marketing ...

kawan aku titan member zizan ni... hari hari kena update facebook... hari tu masuk tv...beli slot pagi al hijrah tu dah berapa ribu...itu je lah cara dia...org sekarang ni dia nak build trust...

muka ko selalu aku tengok...letak je kat kepala orang percaya kat ko...maka org akan beli barang atau amik service dgn ko...

macam aku training dgn bok takaful aku jugak... dia kata kena update status fb sekurang2 4 kali sehari... ceritalah pasal apa2 pun... jgn selalu menjual tapi selalu memberi info ..nak cerita pasal keluarga pun boleh...

bila orang selalu dok baca kisah kita... dok tengok gambar kita... last2 org akan percaya kat kita... kita seperti berkawan rapat dengan dia wal hal ianya dalam fb sahaja... org tu akan beli atau ambil service kita once dia senang dgn kita...

dalam fb jgn up status negative atau status politik... status mesti happy2.. pasal keluarga ke pasal apa2...pasal travel..pasal umrah ..makan..masak sendiri...
 
Mana yang elok boleh ambik jadikan panduan kita
 
start dari IMKK, skang dah macam2 program dia buat. kira dah berjaya la dia
 
pada pendapat aku still zizan menipu dari awal,
1- menipu tentang latar belakang ( utk org tertarik yg dia adalah org yg layak)
2- charge mahal2 , tah dari mana istilah membantu nya
 
Baru2 ini, kawan sepejabat pergi program die cakap die dah hampir menjadi bilionaire.. Ternganga aku dengar, BILLIONAIRE tu,
 
13ribu peserta berbayar join seminar die...
Purata rm100 seorang dah 1.3juta.

Ko ade?
 
Nak pesan kat smua kat Dr (uweekk!!) Azizan & penyokong2 yg tolol...korang boleh kaya...korang boleh jd millionaire bahkan billionaire dgn bisnes..aku takleh nafikan Azizan suntik semangat korang lain mcm sbb basically korang taktau apa2 pun dlm bisnes...korang hanya tau jadikan org mentor je..

Tapi ingat satu benda korang diajar utk berjaya...dpt duit byk..dpt profit byk..tapi sayang korang tak diajar ETIKA dlm bisnes...korang tau buat profit je tp kebanyakan bisnes yg maju ni lah meranapkan org lain..produk takde kualiti...produk memudaratkan kesihatan org..takde research..main sumbat order dr kilang china pastu rebrand...

Sbb tu aku tak heran ramai tokey2 melayu berjaya dgn produk2 kesihatan..yg meniaga apparels pun skrg byk copycat antara sesama
diorang je..takde idea lain keja asyik nak meniru je...tak hebat mana pun....

Tau tak pasal apa zaman skrg ramai yg org2 sangap duit mcm korang berjaya? Pasal skrg dah ada social media..skrg dah ada youtube..

10 tahun lps tak ramai tau guna google adword utk beli iklan..phone app pun takde lagi..socmed pun baru mula..aku berani jamin korang takkan boleh berjaya dgn produk2 sangap ni 10 thn lps...skrg byk cara utk manipulate

so aku nak ucapkan selamat berjaya menghancurkan org lain dgn kekayaan korang...
 
Back
Top
Log in Register