Program penipu Dr. Azizan utk tahun 2011!!

CG Sponsors




frankdun3

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2009
Messages
467
Reaction score
21
Points
60
halo halo ....
apa kes citer dia ni...
maseh ade lagi ker skim ponzi tipu2 org di seminar, hahaha
domain web pon dia ubah jadi richworks.com skang
kikiki...
 
Sponsored Post

asamboy

Active Member
Joined
Jan 25, 2013
Messages
1,608
Reaction score
155
Points
43
kita kalo fokus part buruk mmg buruk la kita npk
mne ade org perfect..
amik positive ko g sana kembgnkn networking ko n blaja something
dgr pnglaman org lain
time dier nk upselling kelas dier ko pekak kan tlinga la,hahaha
xmampu xyah g cri yg mampu
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,327
Reaction score
2,062
Points
141
teringat filem Yes Man...

bermula dari dia pergi satu ceramah motivasi ni...

dlm ceramah tu dia kata "jgn kata No, tapi sentiasa kata Yes"...

dipendekkan cerita, dia cuba ikut...org mtk tolong dgn dia, dia kata "yes"....

boleh kata "setiap kali dia ckp YES, semuanya akan menjadi"....

dipendekkan cerita lagi, sebenarnya penceramah motivasi tu sendiri sebenarnya tak tahu yg apa yg dia ckp tu BETUL...
sbb penceramah tu sendiri cari duit...

tp apa yg aku nk ckp...
kdg2 kalau kita ambil yg positif dari org lain, insyaALLAH positif la jadinya...

mcm member kita sendiri....duk ckp kita malas la apa la....tp dia sendiri pn bnyk yg tak betul...
kita jgn pandang yang tak betul tu....tp apa yg betul yang dia ckp tu, kita angggap sebagai peringatan untuk repair diri kita sendiri...
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,600
Reaction score
136
Points
48
Giler tak giler
Aku caya kalau dia cakap 1juta bantal terjual.
Rata2 ceruk jalan/pasar malam/ expo/ lampu isyarat/ bonet keta ada agen jual bantal dia.
Aku pun terbeli 2buah.

1juta X RM15 - katakan untung 15 setiap 1.
Dah rm15juta.
Ko ade?
yang kaya owner jual bantal tu. yang sengsara modal habis yang stokis/dealer ambil bantal tu. same time tgk pulak kualiti bantal tu. kalau jenis 20 tahun baru tukar. temenung agen/stokis.
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
843
Reaction score
148
Points
23
Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


Dr Azizan (tengah) menerima anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders daripada Ruchi Dana dan bagi Richworks International Sdn Bhd, Pengasas Bersama Jerry Rizal (kiri) menerima anugerah bagi Top 100 Marketing and Advertising Companies.

PAKAR
Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau merupakan anak Melayu tempatan sulung yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

Penganugerahan berprestij sempena persidangan yang diadakan bermula 16 hingga 18 Disember ini di Le Meridien, Dubai turut menyaksikan syarikat yang diasaskan Dr Azizan iaitu Richworks International Sdn Bhd, menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies.

RichWorks International merupakan syarikat Malaysia pertama yang menerima anugerah antarabangsa di persidangan pertama MADcon Dubai 2019.

Dr Azizan segak berbaju Melayu hitam yang merupakan baju kebangsaan lengkap bersongkok dan bersamping hitam keemasan, sementara semua delegasi berpakaian sut.

Pada majlis berkenaan, Dr Azizan juga memberikan ucapan dalam Bahasa Melayu.


Dr Azizan menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders.

Penganugerahan ini disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global, yang mana ia dinilai secara profesional oleh barisan juri antarabangsa dan Lembaga Penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri terulung.

Dr Azizan yang juga Pengerusi dan Master Coach RichWorks International turut menjadi salah seorang penyampai ucaptama pada hari pertama persidangan pada Isnin baru-baru ini.

Beliau menyampaikan topik ‘Why Community Building & Event Marketing Are The Most Effective Ways To Get Loyal Audiences?’ (Mengapa Pembangunan Komuniti & Pemasaran Acara Adalah Kaedah Paling Berkesan Untuk Mendapatkan Pelanggan Yang Setia?).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif RichWorks International, Hasnita Ahmad berkata, Dr Azizan menetapkan standard untuk inovasi dalam pendidikan dan pemasaran bagi pertumbuhan keusahawanan di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Malah menurutnya, Dr Azizan dianggap sebagai jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran nombor satu di rantau Asia.

“Pengiktirafan global ini adalah bukti keterampilan, kepintaran, dan visi Dr Azizan Osman untuk memperkasakan individu dan membantu mereka membina legasi perniagaan.

“Bersama dengan RichWorks International, kami komited untuk berusaha mencapai kecemerlangan untuk pelanggan kami dalam semua perkara yang kami lakukan,” katanya.

Dr Azizan terkenal dengan keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.


Dr Azizan ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Why Community Building & Event Marketing Are The Most Effective Ways To Get Loyal Audiences?’.

Ratusan ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sejak ditubuhkan 11 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman dan yang menarik, lebih 650,000 peserta telah menghadiri 1,500 lebih seminar dan program anjuran RichWorks.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Dr Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam sehingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

MADcon Dubai 2019 yang berlangsung selama tiga hari dan dianjurkan oleh Prism Events itu menyaksikan penyertaan lebih 500 perwakilan antarabangsa.

Persidangan antarabangsa tersebut memberi peluang pembelajaran dan perkongsian rangkaian di mana lebih 50 pakar industri dari seluruh dunia berkongsi tentang pengalaman perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang amat berkesan dan efektif.

Untuk menonton video penuh Dr Azizan menyampaikan ucaptama dan menerima penganugerahan berprestij terhadap beliau dan Richworks International sempena MADcon Dubai 2019, boleh layari laman web: www.richworks.com/megalive.

 

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
628
Reaction score
194
Points
23
Dalam kita kutuk-kutuk dia dalam CG ni sebagai penipu/scammer tetap juga dia diiktiraf oleh pihak luar.
 

asamboy

Active Member
Joined
Jan 25, 2013
Messages
1,608
Reaction score
155
Points
43
xdpt dinafikan ramai usahawan yg dier dah lahirkan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register