BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Tiga Calon PH Bertembung Calon BN, Senyum Bukti Kematangan Kempen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Tiga Calon PH Bertembung Calon BN, Senyum Bukti Kematangan Kempen​

e5acbfabfa493a7839ff7333cfc8d3726a425a0b3c4e7

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N54 Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan (dua, kanan), bertembung dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi yang sama, Haniff @ Ghazali Hosman (kanan), serta calon PH bagi DUN N53 Benut, Abd Razak Ismail, dan DUN N56 Kukup, Cheah Chee Hong (dua, kiri), ketika sesi walkabout di Pasar Malam Taman Megah, Pontian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Suasana di Pasar Malam Taman Megah di sini bertukar menjadi tumpuan apabila empat calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada dua gabungan politik “bertembung”, ketika masing-masing turun padang menyantuni pengunjung.

Tiga calon Pakatan Harapan (PH) itu ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang Haniff @ Ghazali Hosman, Abd Razak Ismail (DUN Benut) dan Cheah Chee Hong (DUN Kukup) yang berkempen bersama terserempak dengan calon Barisan Nasional (BN) DUN Pulai Sebatang Hasrunizah Hassan, yang turut berkempen di lokasi sama.

Situasi yang pada mulanya kelihatan sedikit kekok apabila dua jentera kempen membawa bendera “merah” dan “biru” bertembung di persimpangan, bertukar menjadi suasana mesra apabila calon saling bertegur sapa.

Suasana itu turut mengundang perhatian pengunjung pasar malam yang berhenti seketika melihat empat calon daripada dua gabungan politik bertemu dalam satu lokasi, sebelum masing-masing kembali menyantuni peniaga serta pengunjung.

Pertemuan itu sekali gus memperlihatkan persaingan PRN Johor yang semakin rancak, namun masih berlangsung dalam suasana matang, berhemah dan saling menghormati.

Ketika ditemui media, Haniff berkata pertemuan dengan calon lawan itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang sihat.

“Kita berkempen secara damai. Tadi sempat bertemu dengan calon lawan (Hasrunizah), itu semua kawan-kawan. Di Pontian, kempen (berjalan) damai dan tiada kacau bilau,” katanya.

Calon PH bagi DUN Kukup, Cheah pula berkata beliau berbesar hati dapat berkempen bersama rakan-rakan daripada gabungan sama, sambil menyeru pengundi di kawasan sama ada di Pulai Sebatang, Benut dan Kukup terus memberi sokongan kepada PH.

Sementara itu, Hasrunizah menyifatkan pertembungan antara calon daripada parti berbeza ketika berkempen sebagai perkara biasa, malah mencerminkan kematangan demokrasi selagi ia berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

 
Back
Top
Log in Register