hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis cari pemandu e-hailing bantu kesan penumpang hina Islam, al-Quran dalam video tular
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan penumpang lelaki yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan al-Quran.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, usaha mengesan pemandu e-hailing berkenaan bagi membolehkan polis mengenal pasti penumpang kenderaan terbabit.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kelmarin, kira-kira jam 5.55 petang di kawasan bandar raya ini, dengan video tular perbualan antara pemandu e-hailing dnegan penumpang itu hasil rakaman kamera papan pemuka," katanya.
Berdasarkan video tular itu, pemandu e-hailing terbabit turut membidas kenyataan penumpang yang menghina Islam dan al-Quran, sambil memintanya berhati-hati ketika bercakap.
Turut kedengaran dalam video dua minit 20 saat itu penumpang e-hailing itu meminta maaf sebelum dipercayai turun dari kenderaan selepas pemandu e-hailing berhenti di tepi jalan.
Terdahulu, Azrul Hisham mengesahkan menerima satu laporan berhubung hantaran media sosial berkenaan kira-kira jam 3.25 petang, semalam.
Laporan dibuat seorang pegawai polis selepas ternampak hantaran video di Facebook kira-kira jam 2.30 petang, hari sama.
"Hantaran berkenaan telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada pengadu kerana didapati menyentuh sensitiviti serta memburukkan agama Islam," katanya.
Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang seperti Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Artikel