BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Cedera Pemandu e-Panggilan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Buru Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Cedera Pemandu e-Panggilan​

3262eed527286e71d784262975a5545d6974e24430b58

Ketua Polis Kuala Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan

Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga asing yang disyaki mencederakan seorang pemandu e-panggilan di kawasan Taman Tan Sri Yaakob, Skudai di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun pada 11.09 pagi, Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa mengambil tiga penumpang lelak itu kira-kira 9.30 malam, Selasa.

"(Bagaimanapun), semasa dalam perjalanan, mangsa telah menegur mereka kerana dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata akibat tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan, ketiga-tiga suspek terbabit bertindak mencederakan mangsa, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik kumpulan “Update & Info" di laman Facebook memaparkan kejadian itu.

 
Back
Top
Log in Register