BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Wong ucap selamat menyambut Awal Muharram kepada umat Islam SG

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

PM Wong ucap selamat menyambut Awal Muharram kepada umat Islam SG​

whatsapp_image_2026-03-16_at_4.58.13_pm.jpeg

Perdana Menteri Lawrence Wong menyampaikan ucapan di Pusat Budaya Universiti NUS pada 12 November 2025. (Gambar fail: CNA/Mak Jia Kee)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan selamat Tahun Baharu Islam kepada seluruh umat Islam Singapura sempena tahun baharu Hijrah 1448H.

Beliau berkata demikian menerusi catatannya di Facebook pada Selasa (16 Jun).

IKLAN

Catatan itu disertakan dengan gambar Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru di Turki.

Menurut PM Wong, beliau melalui Turki ketika dalam perjalanan ke Sidang Puncak ASEAN-Rusia.

"Masjid Biru menyediakan latar belakang yang sesuai ketika umat Islam di Singapura menyambut Muharram, bulan pertama Tahun Baharu Islam malam ini.

"Permulaan tahun baharu adalah masa untuk pembaharuan dan muhasabah diri, serta peluang untuk melihat ke hadapan dengan harapan dan tujuan.

"Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di Singapura. Semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang penuh harapan, kedamaian dan keberkatan," kata PM Wong sebelum mengakhiri catatannya.
LAPORAN BERKAITAN:
PM Wong akan hadiri Sidang Puncak ASEAN-Rusia pada 17-18 Jun
Awal Muharram: Mufti Dr Nazirudin seru masyarakat Islam perbaharui iltizam dalam pelihara keamanan, keharmonian SG

 
Back
Top
Log in Register