BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Ucap Selamat Menyambut Hari Easter Kepada Penganut Kristian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
cc69336bb918acfa2cae60c3149adedf69d24ac06b2c7

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Easter kepada seluruh penganut Kristian.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perayaan Easter membawa makna kebangkitan yang menjadi seruan untuk memperbaharui jiwa dan nurani.

“Justeru, dalam mendepani pelbagai tantangan semasa, perayaan suci penganut Kristian ini mengingatkan bahawa nilai kemanusiaan tidak harus terhakis dengan perbezaan.

“Malah, nilai kemanusiaan mesti terus dipupuk sebagai asas peradaban yakni dengan menyantuni, merangkul dan memanusiakan antara satu dengan yang lain,” kata beliau.

Perdana Menteri turut berharap perayaan itu menjadi wahana yang menyemarak harapan, memperhalus budi, menyebar kasih sayang dan memperkukuh iltizam serta tekad dalam membina masyarakat yang kuat ihsannya, teguh jati dirinya, adil dan berjiwa besar.

 
Back
Top
Log in Register