Kepelbagaian kaum, kekuatan SG yang menyatukan rakyat: PM Wong
Murid-murid berlainan kaum bermain 'çapteh' di Sekolah Rendah Clementi. (Gambar: MDDI oleh Ngau Kai Yan)
SINGAPURA: Salah satu kekuatan terbesar Singapura ialah kepelbagaian yang menyatukan rakyatnya, bukannya memecahbelahkan mereka.
Demikian perkongsian Perdana Menteri Lawrence Wong sempena Hari Keharmonian Kaum hari ini.
IKLAN
Menerusi catatan di media sosial, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, "Kita meraikan perayaan satu sama lain, saling berkongsi tradisi dan membina persahabatan yang berkekalan sepanjang hayat.
"Semua ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia adalah hasil daripada usaha beberapa generasi rakyat Singapura yang memilih untuk mengutamakan rasa hormat berbanding prejudis, serta saling memahami berbanding berprasangka."
Dalam dunia yang perbezaannya sering memecahbelahkan masyarakat, PM Wong menambah, mengekalkan semangat saling mempercayai dan menghormati menjadi semakin penting.
PM Wong menzahirkan rasa amat gembira beliau, melihat golongan muda kita menerima budaya satu sama lain dan menjalin persahabatan merentasi masyarakat.
Beliau menegaskan bahawa golongan muda yang akan meneruskan kisah masyarakat berbilang kaum Singapura serta memastikan negara ini terus kukuh, berdaya tahan dan bersatu.
IKLAN
PM Wong mengakhiri catatannya itu dengan ucapan, "Selamat Menyambut Hari Keharmonian Kaum!"
Kepelbagaian kaum 'kekuatan' saling menyatukan rakyat SG: PM Wong
SINGAPURA: Salah satu kekuatan terbesar Singapura ialah kepelbagaian yang menyatukan rakyatnya, bukannya memecahbelahkan mereka. Demikian perkongsian Perdana Menteri Lawrence Wong sempena Hari Keharmonian Kaum hari ini. Menerusi catatan di media sosial, Perdana Menteri Lawrence Wong berkat