BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Berbilang Kaum, Budaya Kekuatan Ekonomi Malaysia - Sim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Rakyat Berbilang Kaum, Budaya Kekuatan Ekonomi Malaysia - Sim​

ac03c12833a931bfba85c6b68ccc18216a15b822d0cda

3e011ceccf3aa1d0ce3a59b37287c2186a15b7e83230c

fd4d3ac8122f7f921ce7c25bd1be64fe6a15b81850082


Masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia menjadi kelebihan ekonomi yang utama dalam menarik pelabur global serta memperluas hubungan perniagaan antarabangsa, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.

Beliau berkata justeru, kepelbagaian negara perlu dilihat sebagai kekuatan nasional dan bukannya kelemahan, khususnya dalam ekonomi global yang semakin kompetitif.

“Kepelbagaian kita bukan satu masalah, sebaliknya merupakan kekuatan. Banyak pelabur memberitahu saya bahawa mereka mahu datang ke Malaysia kerana rakyat kita bukan sahaja mempunyai kelebihan bahasa, malah turut mempunyai kekuatan budaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-30 Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) di sini malam ini.

Sim berkata pendedahan rakyat Malaysia kepada kepelbagaian kaum, agama dan amalan budaya membolehkan mereka berinteraksi dengan selesa bersama pelanggan serta rakan perniagaan antarabangsa.

Beliau berkata kelebihan masyarakat yang majmuk turut melengkapi kestabilan politik negara dan kedudukan geografi Malaysia yang strategik ketika ketidaktentuan ekonomi global semakin meningkat.

“Malaysia bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik yang baik, malah kita telah menjalin hubungan perdagangan dan kebudayaan dengan tiga rantau ekonomi utama dunia. Jadi, dari sudut geografi, kita berada di kedudukan yang strategik,” katanya.

Sim berkata beliau yakin bahawa Malaysia memiliki kekuatan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global sekiranya kerajaan, sektor perniagaan dan masyarakat bekerjasama secara kolektif.

Sementara itu, Sim berkata kerajaan mempergiat usaha untuk memperkukuh aliran tunai dan kecairan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) susulan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM4 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, yang memanfaatkan kira-kira 150,000 syarikat, kebanyakannya menerusi kemudahan pembiayaan berkos rendah.

 
Back
Top
Log in Register