BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Harmoni 2026 jadi wadah peserta berbilang kaum, agama dan bangsa berinteraksi, saling mengenali

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Sukan Harmoni 2026 jadi wadah peserta berbilang kaum, agama dan bangsa berinteraksi, saling mengenali​

whatsapp_image_2026-09-13_at_17.23.21.jpeg

Acara yang dianjurkan bersama oleh Pusat Harmoni MUIS dan Persekutuan Tao Singapura diluaskan untuk perkukuh ikatan silaturahim dengan delegasi dari negara-negara jiran. (Gambar: Hidir Ezat)

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, acara Sukan Harmoni turut menghimpunkan delegasi dari Malaysia, Indonesia dan Brunei selain peserta daripada pelbagai kaum dan agama di Singapura.

Sepanjang 15 edisi yang lalu, pihak penganjur cuba menjadikan sukan sebagai wadah untuk mengukuhkan lagi jambatan ukhuwah antara masyarakat berbilang kaum di Singapura.

IKLAN

Namun dalam edisi ke-16 yang dianjurkan bersama oleh Pusat Harmoni MUIS dan Persekutuan Tao Singapura, ia diluaskan untuk perkukuh ikatan silaturahim dengan delegasi dari negara-negara jiran.

"Matlamat Harmony Games ini sebenarnya adalah untuk mempereratkan lagi perhubungan antara kaum di Singapura kerana hubungan antara kaum penting untuk kita mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain. Ini adalah satu keunikan bagi Singapura sebagai negara yang penuh dengan diversiti," kata Ketua Pusat Harmoni, Muhammad Nasir Johari.

"Keharmonian kaum di Singapura ini adalah satu proses, bukan satu matlamat. Apa yang kita lakukan hari ini, esok kita harus lakukan lagi, lusa kita harus lakukan lagi dan bulan depan kita harus lakukan lagi. Ia adalah satu proses yang berterusan," tambah beliau.

Sekitar 500 peserta menyertai acara sukan itu di Hab Tampines Kita (OTH) pada Ahad (13 Sep).
Sekitar 500 peserta mengambil bahagian dalam acara tersebut. (Gambar: Hidir Ezat)
Acara bertemakan "United in Motion" itu merangkumi kegiatan seperti jalan santai, bola keranjang, badminton dan eGames bagi menggalak hubungan serta persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

USAHA KEHARMONIAN PERLU DITERJEMAHKAN MELALUI TINDAKAN

IKLAN

Menurut Ustaz Nasir, penganjuran acara itu di OTH bertujuan mendekati penduduk di kawasan kejiranan serta menggalak lebih ramai keluarga dan masyarakat umum menyertainya.

Antara peserta, Ustaz Luqman Hakim Roslan mengatakan bahawa Sukan Harmoni ini menggalakkan semangat kebersamaan serta hubungan antara masyarakat berbilang agama.
Peserta Sukan Harmoni, Ustaz Luqman Hakim Roslan. (Gambar: Hidir Ezat)
"Sukan Harmoni ini memberi peluang untuk kita semua datang bersama, bersukan bersama dan menyemarakkan lagi semangat antara agama," kata Ustaz Luqman.

"Ia turut memberi gambaran positif kepada mereka yang tidak menyertai acara ini. Apabila melihat usaha sedemikian berjaya dilaksanakan, mereka akan lebih yakin bahawa masyarakat berbilang kaum dan agama mampu bersama-sama menjalin persahabatan serta hubungan yang baik," tambahnya lagi.

Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Mohamad Irsyad Mohd Akhir berkata kunjungannya ke Singapura memberinya perspektif baharu tentang bagaimana masyarakat pelbagai agama dapat hidup secara aman.
Peserta dari Malaysia, Ustaz Mohamad Irsyad Mohd Akhir. (Gambar: Hidir Ezat)
"Sukan Harmoni menjadi ruang untuk kita saling mengenali dan berinteraksi. Seperti yang kita katakan, tak kenal maka tak cinta. Langkah pertama ialah kita perlu duduk bersama, berbual dan saling mengenali," kata Ustaz Irsyad.

"Sukan Harmoni ini menjadi bukti bahawa agama dan perbezaan antara kita tidak perlu menjadi sebab untuk kita saling bergaduh atau bermusuh," tambahnya.

IKLAN

Pada akhir acara, bendera Sukan Harmoni diserahkan kepada wakil Persekutuan Buddha, Persatuan Bahai dan Zoroastrian Singapura, yang dijangka menganjurkan acara itu pada tahun depan.

Acara itu turut disertai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, David Neo.

 
Back
Top
Log in Register